Alam & Sains 03 May, 2021

Berita Terkini| Ibu pejabat MBSJ ditutup! 11 kakitangan positif! Tutup 2 minggu hingga 14 Mei!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

BANGUNAN ibu pejabat MBSJ ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan dan akan dibuka semula pada 14 Mei 2021.


IBU pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ditutup pada Isnin, 3 Mei 2021 berikutan 11 kakitangan di pejabat berkenaan disahkan positif Covid-19.

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata, kakitangan terbabit disahkan positif wabak berkenaan selepas menjalani proses saringan Covid-19 sebelum ini.

Tegas beliau semua kontak rapat telah diarahkan untuk melakukan ujian saringan dan menjalani kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bangunan ibu pejabat ini ditutup bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan MBSJ.

"Kaunter perkhidmatan pula akan ditutup selama 14 hari bermula 3 Mei hingga 14 Mei (2021) bagi tujuan disinfeksi sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan media, 3 Mei 2021.

Dalam masa sama, Noraini meminta orang awam yang berurusan dengan MBSJ dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian atau menerusi mesin kios disediakan sepanjang penutupan tersebut.

"MBSJ juga memohon maaf atas sebarang kesulitan susulan daripada penutupan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama beliau meminta semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membendung penularan wabak ini. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Datuk Bandar MBSJ, Noraini Roslan berkata, kakitangan terbabit disahkan positif wabak berkenaan selepas menjalani proses saringan Covid-19 sebelum ini.

0
0
0
0
0
You will be interested