Canggih 22 Nov, 2020

Khidmat komputer percuma! Di Pusat Maklumat Rakyat Setiu!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

SEKIRANYA anda idamkan perkhidmatan komputer secara percuma dalam suasana selesa serta jauh dari kesibukan orang ramai silalah datang ke Pusat Maklumat Rakyat (PMR) yang terletak di pinggir bukit di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. PMR itu dikendalikan oleh Pejabat Penerangan Daerah Setiu. : KitaReporters


SEORANG kakitangan (kiri) berada di PMR Pejabat Penerangan Daerah Setiu pada 19 November 2020


Lagi kisah-kisah berkaitan Setiu:

https://kitareporters.com/search?search=Setiu


Pusat berkenaan sentiasa memperlawakan orang ramai terutama golongan pelajar di daerah itu supaya menggunakan kemudahan lima komputer serta dua mesin cetak di situ. 

Ia pasti menyeronokkan ketika berada di situ kerana pusat itu berhawa dingin yang hanya mengandungi sebuah bangunan sahaja dan berada tidak jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu dan ia tidak mendampingi pejabat-pejabat kerajaan lain. 


NIK AWANG YAACOB


Berkonsepkan memesrakan masyarakat penyayang, PMR itu juga turut menyediakan info-info terkini yang berkaitan dengan pelbagai isu semasa agar rakyat mendapat manfaat demi untuk kebaikan mereka.

Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Setiu, Nik Awang Yaacob memberitahu PMR tersebut beroperasi mengikut waktu pejabat setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu.

Beliau berkata orang ramai  terutama penduduk berdekatan yang mahukan perkidmatan peralatan itu secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran tidak perlu merasa malu kerana mereka  bolehlah datang bila-bila masa pada waktu yang ditetapkan itu. 


NIK Awang Yaacob sedang membantu seorang pelajar tahun dua mengguna komputer di Pusat Maklumat Rakyat di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada 19 November 2020. 


 


``Pintu pejabat PMR sentiasa terbuka kepada penduduk termasuk golongan pelajar dan bagi pelajar yang belajar secara online pada cuti persekolahan ini mereka boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu. 

``Walau bagaimanapun, kami bersedia membuka operasi PMR pada hari minggu jikalau mendapat permintaan dalam kalangan pengguna komputer  terbabit di daerah ini,’’ katanya ketika ditemui di Pejabat Penerangan Daerah Setiu pada Khamis, 19 November 2020.

Selain menyediakan perkhidmatan komputer secara percuma, pusat berkenaan juga berfungsi memberi maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, profail daerah dan negeri, di samping perkhidmatan kerajaan negeri serta pusat.

Ia turut memberi maklumat kepada orang ramai melalui perkhidmatan kaunter, online dan sebagainya serta menyediakan kemudahan rujukan secara elektronik dan konvensional dengan pelanggannya. 


PEMANDANGAN Pejabat Penerangan Daerah Setiu yang menempatkan PMR untuk manfaat kepada orang ramai.


Nik Awang berkata orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan PMR itu atau penggunaan komputer terbabit bolehlah menghubungi beliau melalui talian 09-6097153 pada waktu pejabat. - KitaReporters

You will be interested

Aplikasi i-Sinar palsu! KWSP gesa pencarum tak mudah percaya

Menurut KWSP, aplikasi palsu i-Sinar untuk curi data peribadi orang ramai. KWSP tak pernah lantik pihak ketiga untuk uruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahli

Remaja maut disambar petir! Ralik main telefon sedang dicaj!

Remaja M Wahid meninggal dunia akibat terkena panahan petir semasa main permainan telefon dalam talian ketika telefon yang sedang dicaj di sebuah warung di Jawa
Zuhayati Yazid in Canggih 18 hours ago

Video| Samalah! Lukisan wajah si pemakai pada pelitup muka!

Seorang lelaki Brazil, Jorge Roriz, 65, gunakan kebolehan diri sebagai pereka kostum untuk hasilkan pelitup muka yang menyerupai ciri fizikal wajah si pemakai
Zuhayati Yazid in Canggih 1 day ago

Gadis habiskan 234 jam untuk tatu tubuhnya! Termasuk anunya!

Julia Nuno habiskan masa selama 234 jam untuk penuhkan seluruh badannya dengan tatu. Pada Oktober 2020, dua beranikan diri melukis tatu pada kemaluannya sendiri
Sarfarizmal Saad in Canggih 1 day ago

Simba, si kucing yang berani! Halau gajah rosakkan tanaman!

Simba, seekor kucing, bertindak berani halau seekor gajah yang rosakkan tanaman yang ditanam oleh pemilik kucing itu di sebuah kampung di Nakhon Nayok, Thailand
Adnan Mohamad in Canggih 2 days ago