Alam & Sains 27 Jul, 2022

Syabas Mr DIY, sukarelawan Mr DIY Cares! Bantu lindungi dan pulihara sumber-sumber alam, haiwan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


MR DIY, peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, telah menggiatkan usaha untuk memastikan rakyat Malaysia turut melindungi dan memulihara sumber-sumber alam apabila rakyat kembali menjalani kehidupan seharian dalam norma baharu.

Kumpulan tersebut menggerakkan pasukan sukarelawan Mr DIY Cares dengan menyokong dua inisiatif alam sekitar yang berbeza iaitu kempen penanaman pokok dan program konservasi haiwan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konsercasi alam sekitar



Mr DIY telah menyertai Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa dalam projek Penanaman Pokok Gutta Percha yang terbanyak di Malaysia, di mana lebih daripada 1,000 pokok ditanam di Taman Botani Putrajaya dalam masa 24 jam

Projek Gutta Percha telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) atas usahanya menanam 5,017 pokok di 23 lokasi di Semenanjung Malaysia

Projek tersebut diilhamkan daripada kempen ‘Penghijauan Malaysia, Pokok Kita, Kehidupan Kita’ yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk memulihara biodiversiti di negara ini. 

Enam belas sukarelawan Mr DIY Cares telah menyertai misi penanaman tersebut. Mereka juga mengagihkan peralatan berkebun seperti pengorek tanah dan cangkul mudah genggam, sarung tangan, tuala muka dan penyodok untuk memudahkan para sukarelawan menjalankan kerja-kerja tersebut.



Dalam sebuah program berasingan, wakil-wakil dari Mr DIY telah mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di Pahang untuk menyokong usaha konservasi di sana.

Tiga puluh sukarelawan Mr DIY termasuk ahli-ahli pengurusan kanannya telah berpeluang mendekati serta memberi makan dan memandikan gajah-gajah di pusat konservasi tersebut. 

Mereka juga telah membersihkan kandang anak-anak gajah dan kawasan-kawasan sekelilingnya, memasang semula jaring di sekeliling halaman, dan membaik pulih tiang papan tanda yang lama.

Program tersebut yang merupakan usaha sama antara Mr DIY, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertujuan untuk menyokong usaha-usaha konservasi haiwan dan meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai cabaran yang dihadapi haiwan-haiwan untuk meneruskan hidup.



Mengulas tentang dua inisiatif tersebut, Pengerusi Kumpulan Mr DIY, Dato’ Azlam Shah Alias berkata, “Mr DIY komited untuk menyokong inisiatif-inisiatif kelestarian yang bertujuan memulihara, melindungi dan memulihkan alam sekitar. Sumber-sumber alam dan biodiversiti adalah aset-aset negara yang amat penting, dan sebagai jenama kelahiran tempatan, kami ingin turut memainkan peranan.

“Aktiviti-aktiviti seperti usaha penanaman pokok Gutta Percha oleh Yayasan Telekom Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa, dan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah memainkan peranan yang penting, bukan sahaja untuk memastikan kelestarian alam semula jadi, tetapi juga mendidik orang ramai dan menyebarkan kesedaran mengenai usaha-usaha ini. 

"Kami berbesar hati untuk menyokong mereka, dan menyeru lebih banyak syarikat korporat lain untuk turut menyertai usaha-usaha ini, demi negara Malaysia yang lebih baik,” kata beliau.

Azlam juga mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang telah meluangkan masa dan tenaga mereka untuk menyertai kedua-dua program tersebut, dan berkata Mr DIY berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka. 



Kedua-dua program tersebut menyusuli beberapa program lain yang dianjurkan dan disokong oleh Kumpulan Mr DIY sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memulihara alam sekitar. 

Pada November 2021, Mr DIY telah menganjurkan program pembersihan sungai di Sungai Kedondong dan Sungai Melaka sebagai sebahagian daripada inisiatif #DIY4Sungai. Peruncit juga telah menaja dan menyokong Zoo Negara dengan menyediakan sumber-sumber dan kelengkapan untuk membantu kerja-kerja penyenggaraan zoo kebangsaan tersebut.

Pada Disember 2021, Mr DIY telah tersenarai dalam FTSE4Good Index 2021 yang diiktiraf pada peringkat global, membuktikan usaha-usaha peruncit tersebut untuk terus menghasilkan impak yang positif dalam komuniti-komuniti di mana ia beroperasi. - KitaReporters/Kenyataan Media


16
14
0
11
0
You will be interested