Alam & Sains 03 Dec, 2023

3 daripada 4 lelaki hadapi masalah ereksi? Rundingan Dalam Talian Kesihatan Lelaki Alpro dilancar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Lanjutan kebimbangan berkenaan kesejahteraan lelaki, Farmasi Alpro telah menjalankan kajian berkenaan cabaran dan pandangan terhadap kesihatan lelaki secara menyeluruh. 

Kesejahteraan seksual dikenal pasti sebagai salah satu komponen penting, dengan 78.6% daripada 345 responden menghadapi kesulitan dalam mengekalkan ereksi dalam hubungan seksual mereka. 

Penemuan ini membuktikan peranan penting kesihatan seksual, selain kesejahteraan fizikal dan mental untuk kesihatan keseluruhan lelaki. 

Lebih membimbangkan, kajian tersebut menunjukkan bahawa lelaki dalam semua peringkat umur terutama dalam lingkungan 40 tahun, menghadapi cabaran dalam situasi ini lantas menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan seksual dalam dunia moden kini. 

Bagi menangani isu ini, Farmasi Alpro – rangkaian farmasi terbesar di Malaysia - bersama Viatris, sebuah syarikat kesihatan global bekerjasama melancarkan platform Rundingan Dalam Talian Kesihatan Lelaki Alpro. 

Platform khas ini bertujuan menyediakan panduan pakar dan menyediakan ruang selamat bagi golongan lelaki untuk berbincang dan mencari penyelesaian dalam pelbagai isu kesihatan, termasuklah kesihatan seksual hingga kepada isu ketidaksuburan lelaki. 


Professor Dr Hatta Siddi, Professor Dr George Lee Eng Geap dan Ph Then Ru Luen.


Mencari penyelesaian demi tahap kesihatan seksual lelaki yang lebih baik 

Untuk mendalami topik ini, perbincangan meja bulat telah dianjurkan melibatkan panel terkemuka seperti Doktor Pakar Urologi Dr. George Lee, Doktor Pakar Psikiatri Kanan Dr. Hatta Sidi, dan Ahli Farmasi Then Ru Luen. 

Pihak berkepentingan utama dari kedua-dua Farmasi Alpro dan Viatris juga telah turut serta dalam acara tersebut bagi menyumbangkan pandangan dan pendapat mereka berkenaan pelbagai cabaran dalam isu kesihatan seksual lelaki. 

Dalam perbincangan tersebut, Dr. George Lee menekankan bahawa kegagalan fungsi ereksi berpunca dari pelbagai faktor seperti fizikal dan gaya hidup. 

Situasi kronik seperti diabetes, hipertensi, dan kolesterol tinggi juga boleh menyumbang kepada masalah ini ditambah dengan tabiat tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol berlebihan. 

Amalan gaya hidup yang lebih sihat seperti mengurangkan tekanan, diet seimbang, dan aktiviti fizikal yang berkala boleh meningkatkan keyakinan seksual. 

Dr. George Lee juga menekankan kepentingan mendapatkan nasihat peribadi dan profesional yang tersedia melalui Platform Rundingan Dalam Talian Kesihatan Lelaki Alpro yang akan beroperasi dengan jangka masa lebih panjang berbanding perkhidmatan di klinik dan hospital. 

Dr. Hatta Sidi juga memberikan pandangan melalui perspektif kesihatan mental, di mana faktor emosi juga boleh menyumbang kepada kegagalan fungsi ereksi. 

Beliau menjelaskan bahawa kebimbangan, tekanan, dan tahap keyakinan diri yang rendah boleh menyebabkan kesukaran dalam mengekalkan ereksi. 

Komunikasi dan keyakinan diri memainkan peranan penting dalam membentuk keyakinan dan prestasi lelaki. 

Komunikasi efektif bersama rakan hidup juga ditekankan kerana interaksi yang negatif boleh memberikan kesan kepada keyakinan lelaki. 

Ahli Farmasi Then Ru Luen pula memberikan pandangan melalui perspektif farmasi komuniti di mana peranan ahli farmasi sebagai profesional kesihatan yang mesra dan boleh memberikan panduan dan sokongan dalam pelbagai isu kesihatan lelaki. 

Beliau juga menekankan risiko berkaitan perolehan ubat secara dalam talian atau melalui cara yang tidak betul serta memberi penerangan tentang risiko produk yang tidak dikawal. 

Ahli Farmasi Ru Luen juga menekankan kepentingan mendapatkan ubat daripada sumber yang boleh dipercayai, mematuhi dos yang ditetapkan, dan berwaspada tentang kemungkinan interaksi dengan ubat lain yang mempunyai label kepentingan keselamatan ubat. 

Dengan Platform Rundingan Dalam Talian Kesihatan Lelaki Alpro yang berfungsi sebagai platform selamat bagi lelaki untuk memperolehi bantuan mengenai kegagalan fungsi ereksi dan menangani pelbagai faktor risiko kesihatan, setiap individu akan mendapat manfaat daripada nasihat dan sokongan pakar serta membawa kepada peningkatan kesejahteraan keseluruhan. 



Langkah ke hadapan: Platform Rundingan Dalam Talian Kesihatan Lelaki Alpro 

Kerjasama antara Farmasi Alpro dan Viatris membuktikan komitmen pemberdayaan individu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan mencari penyelesaian serta menangani stigma kesihatan lelaki dengan lebih baik di Malaysia. 

Dalam majlis pelancaran tersebut, Ph Lim En Ni, Ketua Ahli Farmasi Alpro, berkata: “Kami mengambil maklum berkenaan perbincangan mengenai masalah kesihatan peribadi. 

"Matlamat kami adalah untuk menyediakan ruang selamat di mana setiap individu dapat berbincang dan mencari penyelesaian dengan selamat berkenaan kesihatan termasuk isu kesihatan seksual hingga kepada kemandulan lelaki.” 

Inisiatif ini kelihatan tepat pada masanya, memandangkan majoriti responden menunjukkan ketersediaan untuk memperoleh nasihat daripada pakar kesihatan dan menyesuaikan gaya hidup mereka untuk meningkatkan kesejahteraan. 

Ia juga selari dengan Hari Diabetes Sedunia, yang menghubung kait antara kesihatan seksual dan diabetes.

Keputusan tinjauan kajian oleh Farmasi Alpro menunjukkan bahawa lebih daripada 90% lelaki menyatakan kesediaan mereka untuk mendapatkan nasihat dan panduan daripada pakar kesihatan mengenai kesihatan lelaki, memberi indikasi sikap positif dalam menangani masalah kesihatan,” kata Jeff Bote, Pengurus Viatris Malaysia. 

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Farmasi Alpro dalam Platform Rundingan Dalam Talian Kesihatan Lelaki ini kerana ia membantu pesakit memperolehi maklumat dan pilihan rawatan yang tepat daripada saluran yang betul, menyokong misi kami untuk memperkasakan individu di seluruh dunia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat pada setiap peringkat kehidupan,” tambahnya, menunjukkan kepentingan usaha kerjasama ini. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
5
0
12
0
You will be interested

Video| Terima kasih kongsi tip! Agar reban ayam tiada lalat, kurang berbau! Hanya guna sekam padi!

Seorang penternak ayam telur berkongsi tip elak reban berbau dan didatangi lalat.
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 1 week ago

Video| Wanita terkejut! Kapasiti elektrik di Malaysia unlimited! Di Indonesia kena ikut harga dibayar!

Kejutan budaya perbezaan daya kapasiti watt elektrik tenaga elektrik video tular Malaysia Indonesia berbayar dibayar penggunaan berbayar tiada had ada had
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 3 weeks ago

Video| Harimau kumbang berjaya diperangkap! Guna umpan kambing! Felda Lasah di Sungai Siput Utara!

Harimau kumbang diperangkap terperangkap ditangkap Felda Lasah Sungai Siput Utara Perhilitan Perak ladang kelapa sawit peneroka perangkap pekerja ladang kebun
Abdul Razak Din in Alam & Sains 1 month ago

Perubahan di benua Antartika beri kesan kepada Malaysia! Rakyat perlu sedar kesan perubahan iklim!

Benua Antartika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
Mohammad Ishak in Alam & Sains 1 month ago