Alam & Sains 10 Mar, 2023

Hospital Cyberjaya atasi masalah kekurangan katil di Selangor Selatan! Kongsi sumber, perkhidmatan!

@sahbulah mohamad darwi
Pernah berkhidmat selama 13 tahun dengan akhbar arus perdana tempatan sebagai wartawan dan Ketua Biro. Kini bertugas sebagai pengurus dalam bidang industri media.

Share this


Hospital Cyberjaya yang dirasmikan pada 9 Mac 2023 dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan katil mengikut kadar penggunaan katil (Bed Occupancy Rate atau BOR) yang tinggi di hospital-hospital di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, operasi hospital berkenaan sejajar dengan usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

"Pada masa ini, kadar penggunaan katil di hospital-hospital awam di daerah Sepang dan Hulu Langat terutama Hospital Kajang adalah melebihi 90 peratus sementara BOR melebihi 80 peratus bagi Hospital Serdang dan Hospital Ampang," katanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemudahan hospital-hospital

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tiga, kiri) berkenan melawat model Hospital Cyberjaya selepas merasmikan hospital itu pada 9 Mac 2023.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni pada majlis perasmian Hospital Cyberjaya yang disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, terdapat isu prosedur pembedahan yang tertunggak di mana 85.1 peratus daripada kes tertunggak di sekitar Lembah Klang bertumpu di hospital awam sekitar Cyberjaya.

Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan hospital kluster antara Hospital Cyberjaya dengan Hospital Selangor Selatan (Kajang, Serdang dan Ampang) dapat memperkukuh perkongsian sumber serta perkhidmatan kepakaran untuk jangka masa panjang.



Menerusi pembinaan Hospital Cyberjaya dan kerjasama fasiliti kesihatan lain, pelbagai program berkaitan kesihatan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lebih terangkum dan menyeluruh, tambahnya.

Selain itu, katanya lagi, kedudukan strategik hospital itu menjadikannya berpotensi sebagai hospital rujukan utama untuk apa-apa bencana di pintu masuk negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1) dan KLIA Terminal 2.

Menurutnya, arena sukan Litar Antarabangsa Sepang dan Silicon Valley Cyberjaya juga dapat memanfaatkan perkhidmatan kesihatan di hospital itu juga," katanya. - KitaReporters


12
12
0
10
0
You will be interested