Alam & Sains 15 Jan, 2020

NAK 'iPHONE 11' LEBIH MURAH? DAH ADA DAH...

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
PASTINYA ada antara kita berminat untuk menggunakan model iPhone 11 yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lepas dengan harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan anda semua, model terbaru iPhone 11 dengan tiga inovasi kamera ini telah berjaya ditiru oleh jenama lain. : KitaReporters.com


Terkini, model Lenovo i11 boleh didapati di pasaran yang menampilkan rekaan mirip seakan iPhone 11 Pro. 

Lenovo i11 ini diinspirasikan daripada iPhone 11 Pro, model ini merupakan cubaan paling dekat Lenovo untuk meniru rekaan iPhone 11 Pro berserta rekaan susunan kamera pada bahagian belakang.


Dari segi saiz, Lenovo i11 dilengkapi dengan saiz skrin 6.1-inci mirip iPhone 11. Sokongan pengimbas muka seperti FaceID turut disokong model ini. 

Selain itu, Lenovo i11 dilengkapi dengan RAM 4 GB, ruang storan 32 GB dan bateri 2,000 mAh. 

Kamera pada bahagian hadapan dan belakang masing-masing hadir dengan sensor 8-megapixel.

Untuk anda yang berminat dengan telefon tiga kamera ini, ia sangat berpatutan untuk anda dapatkan dengan hanya RM230 sahaja. 

Tetapi hati-hati!!

Difahamkan model ini ini adalah klon daripada Lenovo dan bukanlah daripada jenama rasmi Lenovo.

Bagi anda yang berminat dengan rekaan Lenovo i11 ini, klik link ini. - KitaReporters.com 

1
7
1
1
2
You will be interested