Selera & Santai 27 Mar, 2023

Sembang-Sembang| Tip mudahkan memasak bulan Ramadan! Perancangan penting! Dapat kurangkan kekalutan!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this


Tanggungjawab wanita bergelar ibu dan isteri atau yang masih bujang bertambah pada bulan Ramadan terutama yang bekerja. Mana tidaknya, untuk mengejar masa, rasa macam tidak cukup tangan untuk buat semua kerja di rumah atau di pejabat.

Walau ada pembantu atau anak-anak remaja urusan rumah dan dapur tetap diberi perhatian. Asalkan semua barang keperluan cukup di rumah insya-Allah semua akan menjadi mudah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cara-cara memasak


Memang diakui faktor perjalanan terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur agak sukar untuk menyusun waktu bagi memasak untuk keluarga tepat pada masa sebelum berbuka..

Apapun sedikit tip mudah yang saya amalkan mungkin dapat membantu anda mempermudah memasak terutama pada Ramadan ini.

Saya tahu ramai yang menggunakan kaedah ini sama ada yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Tak salahkan kita kongsi pengalaman dan saling mengingati.

Untuk yang bekerja atau tidak, cara terbaik adalah membeli barang keperluan untuk seminggu atau lebih bergantung kepada saiz peti sejuk di rumah. Selain itu anda juga digalakkan merancang menu apa yang hendak dimasak untuk seminggu. 

Jangan lupa telor, telor asin, sardin, ikan masin, dan ikan bilis juga penting ada di rumah sepanjang Ramadan. Saya percaya Ini keperluan utama yang seisi keluarga suka.

Untuk menjimatkan masa sayur-sayuran boleh dipotong dan dicuci bersih-bersih sebelum dimasukkan ke dalam tupperware serta disimpan dalam peti sejuk.

Begitu juga ikan, ayam, udang dan sotong dibersihkan elok- elok masuk di dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk.

Bawang bawang putih, bawang merah, bawang besar juga boleh dikupas awal dan disimpan dalam peti sejuk. Bila hendak guna baharu kisar atau mengikut keperluan.



Memasak pula ikut plan yang dirancang berselang dengan ikan, sotong atau udang. Contohnya telor boleh di pelbagaikan untuk pelbagai masakan seperti sambal, kurma, masak kicap telur mata, masak lemak cili api dan salad telur dengan salad, timun dan tomato dituang sos.

Begitu juga dengan sardin dan ikan bilis. Menarik kan? Tapi jangan pula hari-hari masak telur, sardin dan ikan bilis merungut anak-anak nanti.

Sementara itu bagi anda yang suka menggunakan cili kisar untuk memasak boleh juga kisar cili untuk seminggu. Sama ada dijadikan pes atau cili kosong, Ia boleh digunakan mengikut keperluan dan jimat masa.

Cili merah dan cili api juga boleh disimpan dalam peti sejuk tetapi tangkainya hendaklah dibuang terlebih dahulu. Saya telah mencuba dan ia tahan lebih lama.

Sejam sebelum hendak balik, boleh telefon sesiapa yang ada di rumah untuk keluarkan ikan dari peti sejuk dan rendam ikan dengan sedikit air. Apabila semuanya sudah tersedia pasti kerja anda sudah siap separuh. Tinggal untuk memasaknya sahaja.

Jika kaedah ini digunakan insya-Allah anda boleh menyiapkan tiga resepi berbuka dalam masa sejam. Sejenis masakan berkuah, sayur dan ikan goreng atau telur dadar contohnya.

Jika perlu untuk memasak lagi untuk sahur, gunakan kaedah yang sama atau memadai dengan memanaskan lauk pauk yang masih berbaki.

Supaya tidak jemu, boleh juga ditambah telur asin atau ikan masin. Atau sambal belacan sebagai pembuka selera sahur.

Apapun setiap orang punya cara untuk memasak. Saya hanya berkongsi. 

Semoga sedikit sebanyak membantu anda mengurangkan kekalutan di dapur serta dapat berbuka dengan tenang tepat pada waktunya. Selamat mencuba.

Jumpa lagi di catatan akan datang. - KitaReporters


10
9
0
18
0
You will be interested