HIDANGAN lodeh bukan sahaja makanan kegemaran rakyat di Malaysia namun turut digemari penduduk di negara jiran, Indonesia.
Bayangkan hidangan yang diidamkan itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila menemukan sesuatu yang mengejutkan dalam hidangan berkenaan.
Lebih mengejutkan penemuaan sesuatu itu adalah cebisan anggota badan manusia.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sajian makanan
Itu yang berlaku kepada pelanggan, Petrus Watu dari Belu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia yang terkedu selepas menemukan jari dan cebisan kuku dalam hidangan lodeh yang dibeli di sebuah gerai di bandar berkenaan.
Memetik laporan CNN Indonesia pada 16 Disember 2022 lalu, lelaki berusia 30 tahun itu berkata, dia mengesan penemuan jari dan kuku berkenaan ketika menuangkan hidangan berkenaan ke dalam mangkuk untuk dinikmati selepas membeli hidangan berkenaan dari gerai berhampiran rumahnya di Desa Haitimuk.
Namun alangkah terkejut, perasaan lapar bertukar menjadi kenyang secara tiba-tiba apabila melihat cebisan kuku dan jari termasuk di dalam hidangan lodeh miliknya.
Terkejut dengan penemuan tersebut, Wutu yang berusia 30 tahun itu tidak mendiamkan diri sebaliknya terus bergegas ke balai polis berdekatan rumahnya membuat laporan polis.
Sementara itu Ketua Polis Belu, AKBP Yosep Krisbianto mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan, pasukan telah membuat siasat terhadap beberapa saksi termasuklah pemilik gerai di kawasan berkenaan.
“Kita sudah bertanya kepada pihak doktor yang mengesahkan bahawa objek dalam masakan itu memang benar potongan jari manusia,” kata Yosep Krisbianto.
Ketua Polis Tasifeto Timur, Ipda Mahrim pula ketika mengesahkan kejadian itu berkata kes tersebut dilaporkan kepada pihaknya oleh seorang pelanggan dari Desa Haitimuk di Weliman.
“Polis Belu telah melakukan siasatan ke atas penemuan jari manusia dalam sayur lodeh itu.
"Kami sudah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk pemilik warung yang menjual sayur lodeh tersebut,” katanya.
Selain pemilik warung, katanya pasukan penyiasat juga telah memeriksa pemilik perniagaan berkenaan namun masih tidak mendapatkan jawapan kerana tidak tahu dari mana punca datangnya potongan jari manusia itu.
Polis juga memeriksa beberapa pekerja di warung tersebut tetapi tidak seorang pun yang mengalami luka terpotong jari.
Susah juga nak cari pemiliknya jari tersebut ye!
Sebenarnya ini juga signal kepada pemilik gerai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan perniagaan dengan mengutamakan kesihatan.
Semoga pencarian berkenaan berhasil! - KitaReporters