Selera & Santai 05 Dec, 2023

Video| Cerita buruk pasal Korea Selatan! Tak semua betul! Ada berpunca daripada sikap kita sendiri?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this



Pada Oktober 2023 lalu, kisah pengalaman buruk pelancong Malaysia ketika bercuti di Korea Selatan tular dalam media sosial. Setelah tular, muncul pelbagai cerita kurang enak mengenai Korea Selatan. Paling mendapat perhatian, layanan buruk warga tempatan terhadap pelancong khususnya dari Malaysia.

Ditambah lagi dengan cerita-cerita buruk yang dikongsi oleh pempengaruh media sosial dari Malaysia yang berpengalaman menjejakkan kaki ke sana. Dakwa mereka, layanan orang di sana terhadap pelancong dari Malaysia sangat mengecewakan.

Paling mengecewakan ialah layan daripada peniaga-peniaga yang kebanyakan terdiri daripada ‘makcik-makcik’. Mereka dikatakan seolah-olah memandang rendah terhadap pelancong Malaysia. 

Persoalannya, benarkah perkara itu berlaku atau hanya sekadar content?



Bagi menjawab persoalan itu, seorang pemandu pelancong yang juga pengasas syarikat IWant2Go2Korea, Fairuz Junaidi menjelaskan panjang lebar mengenai perkara tersebut dalam media sosial. 

Menurutnya, sebagai pemandu pelancong dia tertarik untuk mengulas apa yang berlaku sebenarnya.  Isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pempengaruh media sosial sebenarnya lebih ke arah membuat content.

Katanya lagi, perkara sebenar mengenai hal yang dibangkitkan terjadi berpunca daripada pelancong Malaysia sendiri.

“Kebelakangan ni ramai pempengaruh Malaysia bercakap pasal keburukan Korea Selatan. Saya senyum sinis sahaja membacanya memandangkan saya tahu golongan pempengaruh memang suka mencipta situasi demi mengejar 'clout'.

“Sebenarnya isu ini boleh dirungkaikan dengan mudah. Jangan terkejut kalau puncanya datang daripada pihak kita sendiri. Cuma saya takut orang tak ready to face the truth je. Anyway dalam perkongsian ini saya takkan petik nama sesiapa ya.

“Jadikan pedoman daripada anything yang saya letak (tulis) kat sini ya. Kena luaskan pandangan dan buka minda dulu untuk baca perkongsian ini sebab ia tidak sekali bersifat kecaman,” tulisnya.

Berikut adalah perkongsian dan cerita sebenar apa yang berlaku. Pengalamannya sebagai pemandu pelancong, memberikannya peluang untuk mengenal pasti kelemahan yang berpunca daripada pelancong Malaysia sendiri dan budaya serta kefahaman rakyat Korea Selatan.



“Pertama, sebagai pemandu pelancong, saya selalu pesan kepada pelancong yang saya perlu jaga reputasi dengan pemilik kedai dan restoran. Apabila menempah sekian waktu, kena hadir sebelum waktu yang dijanjikan. Saya akan pastikan tak akan lewat. Sampai tahap kalau kena seret pelancong pun saya akan seret.

“Pelancong mungkin datang sekali je ke Korea. Saya? Kena jumpa pemilik kedai ni setiap minggu. Kalau tak jaga reputasi, saya jugak akan malu nak hadap mereka. paling penting, saya tak nak nama Malaysia buruk. Saya nak kita rakyat Malaysia dilihat sebagai bangsa yang bagus supaya mereka boleh hormat kita juga.

“Mereka ini pergi Korea pakai taram (sesuka hati) kedai sana sini, kemudian anda jangka mereka terima kita dengan cara kita di negara mereka. How entitled are we? Korea being Korea. Mereka ni banyak budaya yang agak strict tahu. Contoh?

“Nak bayar duit kena ready kat tangan. Mereka tak suka terkial-kial baru nak buka beg waktu nak bayar. Tergelak ketawa besar dalam train. Sentuh barang kemudian tak beli. Asyik minta diskaun dan free gift. Kemudian ugut tak nak beli sebab tak dapat diskaun. Duduk meja empat orang taip order makanannya satu sahaja.

Just to mention a few. Benda simple yang kita anggap tiada apa-apa tapi it matters to them. Apabila pakai taram pergi random kedai memanglah kena aim. Kenalah pergi kedai yang pemiliknya dah biasa dengan orang Malaysia. Yang dah faham orang Malaysia macam mana.

“Kami pemandu pelancong yang berpengalaman akan nasihatkan benda-benda ni dengan sangat terperinci. Selalu pelancong akan terkejut dengan benda-benda macam ni sebab tak terfikir. Tapi bila dah maklumkan, semua jadi lancar. Layanan diterima pun best sebab masing-masing dah dimaklumkan.



“Kedua, orang Korea tahu tak agama kita? Ada yang langsung tak tahu pasal Islam. Mereka pelik kenapa perempuan Melayu pakai tudung. Mereka bukan mengecam. Mereka curious. Tak sama kecam dan curious. Terutama yang tua-tua. Ahjumma ahjushi

“Kemudian kita pergi tandas ambil wuduk macam kat R&R di Malaysia. Lencun (basah) tandas. Kaki naik ke sinki. Kau sangka orang Korea teruja tengok? Islam itu mudah. Tim saya, saya bagi tahu pasal khuf supaya boleh ajar pelancong. Ambil wuduk tak perlu sampai lencun. Apabila kau buat benda macam ni, memanglah mereka tak suka.

“Ketiga, status Seoul adalah bandar mega. Penduduk di Seoul sahaja 10 juta orang. Bandar kedua terbesar ialah Incheon, seramai tiga juta. Nampak tak perbezaan kepadatan Seoul dan kota kedua terbesar? Jurang yang teramat ketara.

“Dulu saya annoyed sangat bab orang Korea main langgar-langgar je bila jalan. Sehingga saya berbual dengan kawan Korea, mereka cakap tak annoyed kena langgar. Saya cuba langgar balik nak test. Memang mereka relax je sebab dengan status bandar mega di mana semua orang nak cepat, bab langgar-melanggar ni perkara biasa.

“Tapi janganlah langgar mereka sampai terduduk. Jadi, kalau kena langgar bahu tu janganlah terasa dan sampai nk kutuk mereka. Memang itu budaya mereka. Tapi dengan pengalaman yang ada, saya avoid certain station at certain time supaya pelancong tak alami benda-benda macam ni. Ini role sebagai pemandu pelancong untuk rancang baik-baik.



“Keempat, Korea memegang rekod kadar bunuh diri antara tertinggi di dunia! Tahun 2020 hingga 2022, jumlah orang bunuh diri di Korea berapa orang? 40,000 orang! Bersamaan 13,333 orang setahun, 1,111 orang sebulan atau bersamaan 37 orang sehari selama tiga tahun!

“Dengan kadar bunuh diri yang tinggi, anda boleh bayangkan mereka ini ramai yang hidup dalam tekanan. Apabila anda jumpa orang yang salah pada hari yang salah, memang mendapatlah. Sebab itu saya cakap tadi, jangan pergi kedai sebarangan. Kena tahu kedai mana yang dah biasa dengan orang Malaysia. Saya akan buat kawan dengan mereka supaya ada good rapport.

“Sebenarnya banyak lagi perkara yang kena tahu pasal budaya kat Korea ni. Sekecil-kecil perkara pun kami titik beratkan supaya pelancong dapat the best of experience waktu ke Korea.

“Selalunya bila nampak kes apa-apa kat Korea ni yang viral saya tak ulas sebab tak nak orang cakap terpaling Korea pula. Tapi most of the time saya senyum sinis je baca,” jelasnya.

Semoga dengan penjelasan ini, dapat kita sama-sama mengambil pengajaran. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing, kita mengembek, masuk kandang harimau kita mengaum. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. - KitaReporters


12
9
0
11
0
You will be interested