Politik & Negara 08 May, 2023

Hentikan keganasan terhadap Islam di India! Ketua agama Hindu negara kena nyatakan pendirian! - MAPIM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MAPIM menggesa ketua agama Hindu di Malaysia menyatakan pendirian untuk mendesak penganut Hindu di India yang berpegang kepada ideologi Hindutva menghentikan serangan ke atas masyarakat minoriti Islam dan gejala anti-Islam di negara yang mendakwa India sebagai negara sekular dan negara demokratik terbesar di dunia.

Sejak 1947 banyak insiden serangan ke atas Islam oleh fanatik penganut Hindu bertambah sehingga puluhan ribu terkorban dan cedera. Insiden ribuan serangan dan keganasan terhadap umat Islam meningkat terutama apabila BJP memerintah di bawah Narendra Modi.

MAPIM percaya kempen oleh golongan nasionalis Hindu untuk menyerang umat Islam di India sehingga secara terbuka menyatakan penganut Hindu harus siap melancarkan serangan membunuh orang Islam. Ini  sama-sekali bukan ajaran agama Hindu.

MAPIM menggesa agar penganut Hindu di Malaysia yang hidup aman dan makmur di negara ini menyatakan pendirian apa yang sedang berlaku di India tidak mewakili agama Hindu kerana melanggar segala nilai kemanusiaan yang diajar oleh semua agama.

MAPIM percaya keganasan yang dilancarkan termasuk menahan, menyeksa dan membunuh orang Islam hampir setiap hari berlaku dan ini tidak berasal daripada ajaran agama Hindu. 

MAPIM yakin kaedah ala Israel yang dilaksanakan oleh penganut ideologi Hindutva untuk menghapuskan orang Islam di India, bukan ajaran Hindu.



Ternyata tindakan merampas, memusnah, meroboh masjid, menyekat hak beragama dan menafikan hak asasi manusia orang Islam adalah perlanggaran undang-undang antarabangsa, malah mencabul  perlembagaan India itu sendiri.

Kes penindasan dan diskriminasi serta menganggap orang Islam di India, walaupun warga negara India, sebagai rakyat kelas kedua adalah satu penganiayaan. 

Seorang pemimpin senior parti pemerintah BJP Subramanian Swamy yang juga Ahli Parlimen India pada 2020 secara terang-terang menyatakan orang Islam di India tidak layak dilayan sama rata dengan orang Hindu.

Dengan sebab itu, pemerintah India di bawah Narendra Modi mengambil sikap membenarkan pelbagai keganasan serta kempen membenci Islam dan orang Islam berleluasa. Kini bagi orang Islam, India menjadi negara paling berbahaya untuk didiami. 

Dari melarang memakai hijab, mereka dinafikan hak merayakan aidil korban, masjid disasar untuk diroboh bagi mendirikan kuil Hindu, madrasah diancam, malah diugut dan ditutup, solat Jumaat diganggu dan umat Islam sentiasa diancam apabila berada di luar rumah dan akhirnya kewarganegaraan orang Islam di India sedang diusaha untuk dibatalkan.

Penganut Hindu di Malaysia perlu menegur dan menyuarakan keprihatinan terhadap distorsi agama Hindu dan bagaimana agama Hindu di India sedang diperalat untuk tujuan politik. 

Jelas pelbagai peraturan dan undang-undang untuk menyekat perkembangan dan perjalanan hidup orang Islam sedang digugat dan diancam.

Paling berani, seorang paderi Hindu mengisytiharkan penganut Hindu perlu mengawal dan mengambil alih Mekah daripada tangan orang Islam. Apakah seluruh penganut Hindu di Malaysia boleh bersetuju dengan pengisytiharaan tersebut?

Semangat rasisme dan fasisme semakin menebal di India sehingga agama dijadikan alat politik secara amat melampau.

MAPIM dengan ini bertegas penganut Hindu di Malaysia tidak boleh bersikap membisu dan tidak peduli kerana apa yang berlaku di India atas nama agama Hindu akan dipandang sama di Malaysia.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


21
9
0
16
0
You will be interested