Seperti yang dijangka, rejim zionis tidak akan berhenti mengerahkan pasukan penjajahnya di kompelks Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan.
Ketegangan di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, semakin memuncak dari sehari ke sehari. Para jemaah sekali lagi menjadi sasaran tentera aparteid Israel yang menyerbu masuk ke dalam masjid.
Malam tadi (4 April 2023), sekali lagi serbuan kejam yang berulang oleh tentera biadab menyasarkan musalla Qibli. Pasukan polis pendudukan Israel yang besar sedang mengepung masjid.
Kredit foto: The Times of Israel
Rejim itu nampaknya bertekad untuk menyekat akses dan mengusir jemaah yang menuntut hak mereka untuk tinggal di masjid bagi melakukan iktikaf.
Keadaan tegang semakin memuncak kerana terdapat rancangan untuk pencerobohan peneroka Israel, dan pergolakan untuk upacara korban haiwan mulai esok (6 April 2023).
Tentera pendudukan telah menyerang para jemaah dengan kejam sesuka hati.
Setakat berita terkini, semalam (4 April 2023), 240 rakyat Palestin cedera di dalam Al-Aqsa, dengan dua cedera parah.
MAPIM menyeru semua pemimpin Islam dan umat Islam di seluruh dunia untuk mengutuk keras dan membantah negara pengganas haram Israel. Tidak boleh ada kompromi terhadap penghinaan dengan tidak menghormati Al-Aqsa.
Masyarakat dunia mesti menangani serangan jenayah zionis Israel yang berterusan ke atas masjid dengan penguatkuasaan penuh undang-undang antarabangsa untuk menyekat regim aparteid Israel daripada pencerobohannya.
MAPIM menyeru negara-negara Islam untuk melancarkan boikot penuh dan berpisah sepenuhnya dengan negara aparteid Israel.
MAPIM menyeru pemimpin Islam untuk menamatkan sebarang bentuk normalisasi dengan negara penganas Israel. Tahap tertinggi tekanan antarabangsa mesti dikenakan ke atas Israel.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Kredit foto: France 24
Tags: