Politik & Negara 17 Dec, 2025

Kabinet baharu Kabinet penerus kehendak rakyat! Kena bertindak segera, buat keputusan berani! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kabinet baharu yang dilantiknya adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang perlu bertindak segera dan sanggup membuat keputusan berani bagi terjemahkan kehendak rakyat.



"Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik.

"Setiap anggota Kabinet mesti terus bekerja dengan disiplin dan berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, memastikan pelaksanaan dasar bergerak pantas, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan," tegas beliau.

Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet Madani yang baharu selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan pada hari ini, 17 Disember 2025.



Semalam, 16 Disember 2025, Anwar telah mengumumkan rombakan barisan Kabinet Madani yang melibatkan 10 lantikan baharu masing-masing melibatkan dua Menteri dan lapan Timbalan Menteri.

Sementara itu, seramai 14 menteri dan timbalan menteri pula bertukar portfolio. - KitaReporters/Kenyataan Media


Senarai penuh Kabinet Madani:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri II: Datuk Seri Fadillah Yusof


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said

Timbalan Menteri : M. Kulasegaran


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Hannah Yeoh

Timbalan Menteri: Lo Su Fui


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Datuk Mustapha Sakmud


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Dr Zulkifli Hasan

Timbalan Menteri: Marhamah Rosli


Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Timbalan Menteri: Liew Chin Tong


Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Rubiah Wang


Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air: Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Abdul Rahman Mohamad


Menteri Pengangkutan: Anthony Loke

Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu

Timbalan Menteri: Chan Foong Hin


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming

Timbalan Menteri: Aiman Athirah Sabu


Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Menteri: Datuk Lukanisman Awang Sauni


Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ahmad Maslan


Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah


Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Timbalan Menteri: Adly Zahari


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang

Timbalan Menteri: Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Lim Hui Ying


Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan Menteri: Adam Adli Abd Halim


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing

Timbalan Menteri: Chiew Choon Man


Menteri Komunikasi: Datuk Fahmi Fadzil

Timbalan Menteri: Teo Nie Ching


Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek

Timbalan Menteri: Wong Kah Woh


Menteri Perpaduan Negara: Datuk Aaron Ago Dagang

Timbalan Menteri: Yuneswaran Ramaraj


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali

Timbalan Menteri: Datuk Dr Fuziah Salleh


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Timbalan Menteri: Sim Tze Tzin


Menteri Digital: Gobind Singh Deo

Timbalan Menteri: Datuk Wilson Ugak Kumbong


Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri: Datuk Mohamad Alamin


Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri: Datuk Mohd Shahar Abdullah


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri: Syed Ibrahim Syed Noh


Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Seri Huang Tiong Sii


Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri R.Ramanan

Timbalan Menteri: Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan


Menteri Belia Dan Sukan: Dr Mohammed Taufiq Johari

Timbalan Menteri: Mordi Bimol


11
17
0
14
0
You will be interested