Bisnes & Ekonomi 18 May, 2025

Video| Biasiswa berjumlah RM1 juta! Safi komited pacu potensi wanita muda! Tarikh tutup 30 Jun 2025!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

.



Mengukuhkan lagi peranannya sebagai jenama yang mendukung kemajuan wanita, Safi, peneraju produk kecantikan halal di Malaysia, sekali lagi membuka peluang cerah bagi siswi berpotensi tinggi melalui Program Biasiswa Siswi Safi

Dengan dana keseluruhan mencecah RM1,000,000, inisiatif tahun kedua ini menawarkan sokongan kewangan sehingga RM40,000 kepada setiap pelajar wanita Malaysia yang cemerlang dalam akademik untuk melanjutkan pengajian di universiti awam (IPTA).

Pelancaran program biasiswa yang dinanti-nantikan ini telah diumumkan serentak dengan tayangan perdana filem raya Safi pada 1 Mac 2025 lalu.

Filem yang sarat dengan pesan inspiratif  ini mengetengahkan aspirasi dan cabaran yang dihadapi wanita muda, sekali gus menandakan bermulanya proses permohonan biasiswa bagi tahun ini.



“Sebagai jenama yang dekat di hati wanita Malaysia, Safi percaya bahawa setiap wanita muda berhak untuk mengejar impian mereka tanpa dibelenggu oleh kekangan kewangan,” ujar Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI.

Menurutnya, program Biasiswa Siswi Safi ini adalah langkah nyata  pihaknya dalam meruntuhkan tembok penghalang, baik yang bersifat ekonomi, sosial, mahupun struktural, agar para wanita muda dapat menggapai potensi penuh mereka.

“Pendidikan adalah asas penting untuk membina masa depan yang gemilang,” tambah Kazlina sambil memaklumkan kriteria kelayakan untuk permohonan biasiswa adalah pelajar wanita warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun, sedang melanjutkan pengajian di IPTA, dan memiliki Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.0.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2025, dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang biasiswasiswisafi.com.my.


Kazlina Mohd Kassim.


Keunikan program biasiswa Safi ini terletak pada ketiadaan ikatan kontrak antara penerima biasiswa dengan pihak Safi selepas tamat pengajian. 

Sebaliknya, para penerima akan diberikan peluang berharga untuk terlibat dalam pelbagai inisiatif pembangunan kerjaya yang ditawarkan oleh Safi, termasuk peluang menjalani latihan industri dan keutamaan untuk menyertai Program Pelatih Pengurusan Safi, yang bertujuan untuk mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa depan.

Proses pemilihan calon akan melibatkan beberapa peringkat, bermula dengan penghantaran video perkenalan diri, diikuti dengan kem latihan intensif yang direka untuk menguji dan menilai kemahiran komunikasi, kepimpinan, kreativiti, serta keupayaan pemikiran kritikal para peserta yang disenarai pendek.

Sambutan terhadap program ini pada tahun sebelumnya amat menggalakkan, dengan lebih daripada 900 permohonan diterima, jelas membuktikan betapa besar keperluan sokongan pendidikan dalam kalangan wanita muda di Malaysia.


Throwback.. Aishah Umarah Ariffin menerima sijil anugerah Biasiswa Siswi Safi 2024 daripada Kazlina tahun lalu.


Sementara itu, meluahkan rasa syukur dan berkongsi impaknya,  penerima biasiswa tahun 2024 dari Universiti Putra Malaysia (UUM), Aishah Umarah Ariffin berkata, “Biasiswa ini sangat membantu meringankan beban kewangan keluarga saya dan membolehkan saya fokus sepenuhnya pada pengajian.”

Sebagai usaha untuk menjangkau lebih ramai calon yang layak di seluruh negara, Safi mengadakan program jelajah yang komprehensif sepanjang bulan April dan Mei 2025. 

Program ini melibatkan sesi dua hari di lima universiti terpilih, iaitu UiTM Puncak Alam, UKM Bangi, UPM Serdang, UTM Skudai, dan UUM Sintok, serta acara sehari yang diadakan di 15 buah kampus lain di seluruh negara, dari Lembah Klang hingga ke Perlis dan Sabah.

Apa pun jika terlepas hadir ke program jelajah berkenaan.  maklumat lanjut mengenai program biasiswa  dan proses permohonan boleh didapati di laman sesawang rasmi: biasiswasiswisafi.com.my. -  KitaReporters


Antara penerima Biasiswa Siswi Safi 2024 tahun lalu.

15
10
0
9
0
You will be interested