Bisnes & Ekonomi 17 Mar, 2025

Kongsi kegembiraan! SWM Kasih Santun Ramadan rai warga kerja ada anak yatim, OKU dan berkeperluan!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus komited dalam usaha menyantuni golongan yang memerlukan dengan menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih Santun Ramadan. 

Program ini bertujuan berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama golongan sasar bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin menyatakan bahawa program SWM Kasih Santun Ramadan pada tahun ini (2025) bertujuan untuk meraikan warga kerja yang mempunyai anak yatim, anak OKU, dan mereka yang kurang berkemampuan, sebagai tanda penghargaan kepada keluarga yang menjadi tulang belakang kepada operasi syarikat di Melaka. 



“Kami berbesar hati untuk menyantuni mereka dengan sumbangan persiapan hari raya agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria. 

"Inisiatif ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada mereka, tetapi juga sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada keluarga pekerja SWM Environment,” katanya. 

Beliau turut berharap program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga pekerja dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri. 

Program ini berlangsung di pusat beli-belah AEON Melaka, Ayer Keroh, dengan kerjasama rakan strategik, AEON Co. (M) Bhd.

Selain membantu golongan yang memerlukan, SWM Environment turut menekankan kepentingan pengurusan sisa yang bertanggungjawab, terutama menjelang musim perayaan yang sering menyaksikan peningkatan jumlah sisa domestik. 


Pengurus Kawasan Perkhidmatan SWM Environment Melaka, Norariffin Nordin (kanan) dan bersama Pengurus AEON Melaka Shopping Centre, Siti Nor Zaizatul Akmar Mazlan (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada salah seorang pekerja pembersihan SWM Environment, Fatin Aina Dolmat pada Program SWM Kasih Santun Ramadan di AEON Melaka Shopping Centre, Ayer Keroh.


Beliau menasihatkan orang ramai supaya menguruskan sisa domestik dengan baik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah beroda atau tong sampah berpusat yang berhampiran. 

Beliau juga mengingatkan agar orang ramai mengambil maklum tentang jadual kutipan sisa domestik dan sisa +1 (sisa pukal, sisa kebun dan sisa kitar semula) di kawasan masing-masing. 

“Orang ramai juga digalakkan untuk mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula, seperti plastik, kertas, botol kaca, dan lain-lain. 

"Selain itu, mereka juga boleh mendaftar sebagai ahli program KitaRecycle bagi mengumpul mata ganjaran daripada aktiviti kitar semula yang boleh ditebus kepada wang tunai,” tambahnya. - KitaReporters/Kenyataan Media


Warga kerja SWM Environment Melaka dan AEON Melaka bergambar bersama pada program SWM Kasih Santun Ramadan di AEON Melaka Shopping Centre, Ayer Keroh. 

12
9
0
15
0
You will be interested