Bisnes & Ekonomi 22 Feb, 2023

Sokong Kedah, beli Syukor Burger! Rakan rasmi KDA FC 2023! Usaha sama KDAlicious! Sokong produk lokal!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Dr. Mohd Daud Bakar (kanan) pemilik KDA FC dan Syukor Majid (Syukor Burger) menjalinkan kerjasama perniagaan F&B bersama pasukan Kedah untuk musim 2023. - Foto kredit: FB KDA FC Fans


KELAB penyokong-penyokong dan peminat-peminat setia skuad Sang Kenari kini boleh menikmati keenakan dan kelazatan burger jenama tempatan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah selepas Syukor Majid menjalinkan projek usaha sama  antara Syukor Burger dan KDAlicious iaitu perniagaan makanan dan minuman (F&B) milik Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC).

Menurut kenyataan Facebook KDA FC, Syukor Burger tampil menjadi rakan rasmi kelab itu bagi musim Liga Super kali ini. 

Dengan usaha sama ini, Syukor Burger akan menawarkan pakej menarik buat penyokong-penyokongnya di Stadium Darul Aman (SDA) dengan pek burger premium dan air minuman berharga RM10.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelab bola sepak Kedah Darul Aman

Burger jenama tempatan, Syukor Burger pernah mencetuskan fenomena ketika era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2021) lalu.


“Anak muda usahawan ‘hustler’ mula menempa nama sejak era PKP lalu (2021) apabila pemilik Syukor Burger, Syukor Majid mampu menjana pendapatan bernilai jutaan ringgit hasil penjualan burger.

“Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, kesanggupan Syukor Burger untuk menjadi Rakan Rasmi KDA FC bakal merentas usaha sama perniagaan pertama seumpamanya dengan kelab bola sepak di Malaysia apabila berjaya mengubah persepsi burger stadium kepada burger premium ketika menonton aksi perlawanan bola sepak di SDA nanti,” jelas kenyataan itu.

Malah katanya, maklum balas yang diterima tentang hasil penjualan pertama pada aksi persahabatan pada Sabtu 18 Februari 2023 lalu; jualan mencecah 2,000 pek sehingga tidak mencukupi dan sambutan amat menggalakkan.


Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar teruja mencuba sendiri menyediakan hidangan burger sambil diperhatikan oleh Syukor. Kredit Foto: FB Kedah Darul Aman FC


“Jangan risau anda akan ditawarkan lebih banyak lagi produk makanan di SDA pada perlawanan Liga Super akan datang pada 1, 4 dan 7 Mac 2023 ini. 

“Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (pemilik KDA FC) turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri menyediakan hidangan burger buat anda (pengunjung) di stadium, sambil Syukor memastikan burger disediakan mencukupi.

“Sokong Syukor Burger, seterusnya menjana pendapatan Sang Kenari! ,” tulisnya (KDA FC).

Sementara itu, warga maya turut memberikan komen-komen yang positif serta mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak antara KDA FC dan Syukor Burger dalam menjana pendapatan. 

Syukor Burger memulakan operasi pada November 2020 dengan bajet RM1 juta. 

Pada 1 Disember 2020, Syukor Burger telah membuka outlet pertamanya di Bertam, Pulau Pinang. Perniagaan burger tersebut semakin meningkat dan April 2021, hampir 400 buah outlet telah beroperasi. - KitaReporters



Sumber:

https://www.facebook.com/kdafc.my/posts/617504786877542

https://www.sinarharian.com.my/article/159471/bisnes/syukor-burger-cipta-fenomena-sejuta-terjual

https://sukanz.com/202321642/

https://bebasnews.my/2021/09/04/syukor-burger-sasar-rm1-juta-setahun/

10
18
0
13
0
You will be interested