Bisnes & Ekonomi 01 Dec, 2022

Kerjasama strategik berimpak tinggi! UUM, SKM anjur Kursus Pemasaran Produk Koperasi Dalam Talian!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this
Peserta kursus Pemasaran Produk Koperasi Dalam Talian bergambar kenangan selepas majlis perasmian.
Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menganjurkan Kursus Pemasaran Produk Koperasi Dalam Talian untuk 40 pegawai SKM dan 50 anggota Koperasi Zon Utara pada 21 November 2022.
Program ini adalah susulan selepas kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Jun 2022 yang lalu.

Lagi


Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan kata aluan pada majlis itu.
Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis itu berharap kedua-dua pihak yang telah menggerakkan inisiatif kerjasama strategik berimpak tinggi ini dapat membuka ruang untuk warga universiti seterusnya membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membangunkan komuniti setempat.
Katanya, kerjasama dalam latihan teknologi digital ini merupakan sebuah platform yang sangat relevan serta boleh memberikan impak yang positif dalam perniagaan.
“Saya yakin dengan penganjuran seperti ini secara langsung dapat membantu aktiviti perniagaan yang menggabungkan teknologi digital untuk membawa pemasaran produk samada pada peringkat tempatan mahupun global nanti,” ujar beliau lagi.
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (dua dari kanan) berbual dengan peserta kursus.
Haim menambah penularan wabak Covid-19 pada awal tahun 2020 secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya segmen pasaran baharu iaitu secara dalam talian dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), aktiviti jual beli dalam talian telah merekodkan lonjakan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 28.9 peratus setelah pandemik Covid-19.
Manakala lonjakan ini sekali gus memperlihat ramai usahawan muda dilahirkan dalam sektor perniagaan secara digital dan memberikan impak yang positif terhadap perniagaan mereka dalam memasarkan produk-produk koperasi menggunakan platfom jualan dalam talian dan seterusnya dapat membimbing mereka sehingga membuka kedai maya secara dalam talian melalui platform Shopee. 
Moga peserta yang mengikuti kursus ini dapat menyahut agenda meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penglibatan secara aktif bagi meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti melalui platform perniagaan yang dimainkan oleh universiti ini.
Kursus yang dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif, SKM, Dato' Zazali Haron ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM dan pegawai kanan UUM di Dewan Seri Angsana, EDC-UUM. - KitaReporters/UUM
Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Eksekutif, SKM, Dato' Zazali Haron.
16
10
0
11
0
You will be interested