Bisnes & Ekonomi 05 Oct, 2019

MAI.. MAI.. SHOPPING DI MALAKAT MALL, BUKA TAHUN DEPAN

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
PEMBUKAAN pusat beli-belah dengan jenama Malakat Mall (MM) yang akan memasarkan produk Bumiputera di sekitar Lembah Klang bermula awal tahun depan tidak ada kaitan dengan kempen mengutamakan produk Muslim dan Bumiputera yang hangat diperkatakan pada masa  ini.

Pengerusi Eksekutif Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad, (KoPPIM), Mohd Fadzil Hashim (tiga dari kiri) dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kiri) hadir pada Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Ekosistem Ekonomi Islam 'Pengguna Pemilik Ekonomi' di Kompleks Pendidikan Brainy Brunch Raudah City, Cyberjaya baru-baru ini.


Sebanyak 10 buah MM akan dibangunkan dari pasar raya terbiar yang dikenal pasti sekitar Lembah Klang atas inisiatif syarikat pemaju perumahan Raudhah City Sdn Bhd bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad (KoPPIM) dengan tujuan utama meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran runcit.

Rancangan strategik penubuhan MM itu berdasarkan kajian yang  menunjukkan sektor peruncitan masih tidak berkembang dalam kalangan Bumiputera kerana  tidak dapat menyertai pasaran serta tiada akses kepada pasaran.

Pengerusi Eksekutif KoPPIM, Mohd Fadzil Hashim, berkata 10 premis yang  sudah dikenal pasti untuk diambil alih itu tidak memerlukan modal besar berbanding membina bangunan baharu dan setiap satu dijangka memerlukan kos sebanyak RM10 juta.

Mohd Fadzil berkata, pihaknya juga menyasarkan satu juta ahli koperasi yang akan menggerakkan perniagaan berkenaan bagi membolehkan komuniti yang berbelanja mendapat manfaat secara langsung.

Beliau yang juga pengasas Raudhah City Sdn Bhd dan sekolah  swasta antarabangsa Brainy Bunch, berkata "dengan cara ini, kita akan menyumbang kepada ‘Ummah Victory Fund’ yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan ummah seperti kemiskinan, pendidikan, kesihatan, keselamatan makanan perumahan dan fakir miskin.

"Kaedah ini sudah diguna pakai syarikat Alibaba di China dan tiada sewa dikenakan kepada rakan kongsi, apa yang kita akan buat ialah perkongsian pendapatan selain bimbingan jenama dan pemasaran.

"MM itu juga akan dijadikan pusat pengembangan komuniti yang membabitkan latihan dan pusat transformasi perniagaan dan berdasarkan kajian, ekosistem baharu ini berupaya menjadikan usahawan Bumiputera berdaya saing dengan penyatuan pembelian yang boleh membina ekonomi bagi satu juta keluarga.

“Dengan adanya Malakat Mall, kita akan wujudkan 5,000 peluang perniagaan, 100,000 peluang pekerjaan dengan pendapatan minimum RM10,000 sebulan.

“Inilah masanya yang kita tunggu untuk tingkatkan ekonomi Bumiputera dan bersaing dalam perniagaan menggunakan modul yang diyakini mampu meletakkan pengguna sebagai pemilik ekonomi,” katanya.

Bagi tahun pertama pembukaan MM, koperasi itu bercadang memberikan sebanyak 15 peratus dividen pada penghujung 2021 kepada ahli dan menyasarkan keuntungan sebanyak RM300 juta dengan pembukaan 100 buah MM pada penghujung 2030.

Walau bagaimanapun, MM berhasrat  menyediakan 20 peratus tempat di pusat beli-belah itu kepada syarikat bukan Bumiputera atau syarikat asing.

20
4
0
0
1
You will be interested