Bisnes & Ekonomi 06 Jun, 2024

Video| Terbongkar akhirnya! 4,000 liter diesel disimpan tanpa permit dirampas! Operasi KPDN Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Besut merampas 4,0000 liter minyak diesel bernilai RM12,000 dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah tapak projek pembinaan di Kampung Langkap, Setiu, Terengganu.

Serbuan yang dilakukan oleh empat anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut pada kira-kira jam 11 pagi pada 5 Jun 2024 itu adalah hasil risikan yang telah dilakukan selama dua minggu sebelum serbuan dijalankan. 

Ketika pemeriksaan dijalankan pasukan berjaya menemukan sebuah tangki simpanan berisi minyak diesel dengan anggaran 4,000 liter yang dipercayai kegunaan jentera berat. 



Saharuddin Mohd Kia


Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati pihak syarikat pembinaan tersebut gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan minyak diesel di lokasi kejadian.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN ingin memberikan amaran keras kepada semua yang berkaitan dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini.

“Individu, syarikat, pengusaha-pengusaha stesen minyak diingatkan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan," katanya lagi. - KitaReporters


 

 

13
10
0
10
1
You will be interested