Bisnes & Ekonomi 15 Mar, 2024

Terbaiklah SWM Environment! Lunaskan sumbangan khas Baucar Pembelian Barangan! Untuk PBT-PBT Melaka!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM Kasih Misi Sampul Merah melunaskan sumbangan khas Baucar Pembelian Barangan kepada golongan memerlukan di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri. 

Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment berkata, baucar berkenaan diserahkan melalui PBT-PBT untuk disampaikan kepada penerima yang memerlukan di kawasan masing-masing dan digunakan di rangkaian pasar raya 99 Speedmart berhampiran. 



“Sumbangan berjumlah RM30,000 ini memanfaatkan 200 penerima yang layak bagi setiap PBT termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). 

“Menerusi hubungan erat antara SWM Environment dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui PBT-PBT ini, sumbangan ini diharap dapat membantu serta meringankan beban kepada mereka yang memerlukan. 

"Baucar kepada MBMB disampaikan kepada Datuk Shadan Othman, Datuk Bandar MBMB dalam satu sesi di Graha Makmur, Ayer Keroh manakala MPHTJ kepada Khyrul Syalwanee Abu Samah, Pengarah Kewangan merangkap Pemangku Setiausaha MPHTJ di Pejabat MPHTJ, Ayer Keroh. 

"Penyerahan ke MPAG pula diwakili Radzyma Mahat, Setiausaha MPAG di Pejabat MPAG, Alor Gajah manakala MPJ disampaikan kepada Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari di Pejabat MPJ, Jasin." 



Terdahulu sesi penyampaian cek replika sumbangan berkenaan telah disampaikan kepada Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka mewakili Kerajaan Negeri Melaka di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri Ayer Keroh pada 9 Februari 2024 yang lalu. 

CSR seumpama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SWM Environment untuk menyantuni golongan sasar yang memerlukan di samping membantu meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
9
0
14
0
You will be interested