.
"Lebih 3,400 projek pelaburan telah diluluskan sejak 2022 dengan kadar pelaksanaan mencecah 86.4 peratus. Suku pertama 2025 sahaja, lebih 40 peratus projek baharu telah dimulakan.
"Hasilnya lebih 50,000 pekerjaan diwujudkan dengan gaji median meningkat kepada RM2,745, di samping lonjakan sektor digital dan hijau," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada 21 Julai 2025.
Sehubungan itu, beliau menolak sebarang tuduhan bahawa lawatan rasmi beliau ke luar negara sekadar makan angin.
"Hakikatnya nyata bahawa dasar pelaburan Kerajaan Madani sedang membuahkan hasil, digerakkan bersama penjawat awam yang cekap dan berintegriti," jelas Anwar. - KitaReporters/Kenyataan Media

Tags: