Bisnes & Ekonomi 14 Aug, 2023

Program Kepimpinan investED! Program siswazah pasaran modal! Pembelajaran komprehensif, interaktif!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan kohort pertama Program Kepimpinan investED, program siswazah pasaran modal utama diterajui SC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. 

Program Kepimpinan InvestED yang julung kali diadakan ini terdiri daripada modul pembelajaran komprehensif dan interaktif selama sebulan, diikuti dengan latihan sambil bekerja selama enam bulan dengan rakan kongsi investED dari industri pasaran modal. 

SC mereka bentuk modul pembelajaran sebulan dengan kerjasama Asia School of Business (ASB). 

Kira-kira 200 graduan baharu akan menjalani modul pembelajaran selama sebulan yang dipilih susun khas di Asia School of Business (ASB) di Kuala Lumpur. Kohort pertama program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 2,000 permohonan. 

Berucap pada majlis perasmian pada 7 Ogos 2023, Pengerusi SC Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata investED merupakan jalinan strategik pertama antara SC, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), industri pasaran modal dan universiti yang bertujuan untuk membangunkan saluran bakat mampan untuk pasaran modal. 

"Kami melihat inisiatif ini penting untuk industri yang mempunyai kadar peralihan bakat serta permintaan tinggi seperti pasaran modal. 

“Kerjasama SC dengan ASB hari ini mengukuhkan lagi kredibiliti program dan komitmen untuk menyediakan peserta program dengan pengetahuan industri pasaran modal yang diperlukan untuk oleh pasaran,” katanya lagi. 



Dr Awang Adek berkata kepakaran ASB sudah pasti akan meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk peserta program, di samping memastikan mereka menerima pemahaman menyeluruh tentang pasaran modal dan selok-beloknya. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Dekan Asia School of Business (ASB), Sanjay Sarma, yang turut hadir, berkata, “ASB gembira dapat bekerjasama strategik dengan SC dan menjadi sebahagian daripada Program Kepimpinan investED yang ditawarkan oleh SC, yang bertujuan untuk mewujudkan kapasiti asas untuk graduan baharu dengan pengetahuan dan kemahiran industri yang berkaitan dalam pasaran modal.”

“Saya yakin fakulti pakar kami akan dapat menyampaikan pengetahuan terkini tentang produk pasaran modal, perkhidmatan serta trend baru muncul kepada peserta program. 

"Modul ini akan disampaikan melalui kuliah dalam bilik darjah, lawatan lapangan serta hackathon perniagaan. 

"Kami juga akan berusaha untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk membolehkan mereka memberi sumbangan dalam peranan mereka bersama syarikat penaja.” 

Selepas menyelesaikan modul pembelajaran sebulan, graduan baharu akan ditawarkan latihan sambil bekerja selama enam bulan dengan salah seorang rakan kongsi investED dari industri pasaran modal. 

Sehingga kini, terdapat lebih daripada 200 latihan sambil bekerja yang ditawarkan oleh lebih 50 rakan kongsi investED yang terdiri dari bank pelaburan, firma broker saham, syarikat pengurusan dana, platform pendanaan ramai ekuiti, pengendali rakan sebaya, syarikat modal teroka dan syarikat ekuiti swasta. 

Mengulas mengenai perkara ini, Dr. Awang Adek berkata, "Syarikat rakan kongsi kami telah menunjukkan sokongan yang amat membanggakan untuk pertumbuhan kumpulan bakat pasaran modal melalui penempatan pekerjaan yang mereka tawarkan." 

"Pendedahan daripada program ini akan memberi kelebihan kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat kursus, tertakluk kepada prestasi pelajar semasa program latihan." - KitaReporters/Kenyataan Media


15
13
0
22
0
You will be interested