Bisnes & Ekonomi 28 Jun, 2024

Berita baik untuk usahawan PMK! CBP perkenal Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil! Dari 5k sehingga 100k!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Dalam misi untuk membantu Perusahaan Mikro dan Kecil (PMK) di negara ini, Co-opbank Pertama (CBP) telah memperkenal Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil (SBF) bermula 12 Jun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, menerusi skim SBF ini, ia merupakan satu inisiatif yang diambil oleh CBP untuk membantu usahawan dalam semua bidang ekonomi terutama sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di Malaysia.

”Menerusi Skim SBF ini, CBP menawarkan kemudahan pembiayaan minimum RM5,000 dan maksimum sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga tujuh (7) tahun.

”Jenis Kemudahan yang ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Perniagaan Kecil adalah bagi keperluan perbelanjaan modal kerja, modal pusingan, pembelian aset, mesin, peralatan dan pengubahsuaian premis perniagaan.

”Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 65 tahun dan pemohon mestilah menjalankan perniagaan yang patuh syariah dan berdaya saing,” katanya menerusi satu kenyataan.



Selain itu juga, antara syarat lain ialah, perniagaan tersebut telah berjalan sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun dan tidak melebihi 30 kilometer radius daripada mana- mana cawangan CBP.

Tambahnya lagi, pengenalan Skim SBF ini juga merupakan salah satu langkah CBP untuk meluaskan lagi capaian sasaran CBP.

”Insya Allah, CBP akan terus memperkenal beberapa lagi perkhidmatan pada tahun ini yang dilihat mampu mengukuhkan lagi jenama CBP dalam kalangan masyarakat,” katanya. - KitaReporters/Kenyataan Media

14
17
0
14
0
You will be interested