Bisnes & Ekonomi 29 Nov, 2025

Minat berniaga? Peluang kepada guru, suri rumah, remaja dan pesara! Kop KGMMB, Kakatoo meterai MoU!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this
Adakah anda berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bidang industri makanan?
Anda boleh berbuat demikian melalui program yang dianjurkan oleh Koperasi Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad (Kop KGMMB) dan Kakatoo Malaysia (Kakatoo), rangkaian restoran halal citarasa masakan nyonya kampung.  


Program keusahawanan ini terbuka kepada semua yang berminat termasuk komuniti guru, suri rumah, remaja dan pesara.

Ini berikutan termeterinya Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kop KGMMB yang mempunyai kira-kira 20,000 ahli dan Kakatoo yang kini mempunyai 12 cawangan di Lembah Klang dan Putrajaya untuk membina usahawan dalam bidang industri makanan.
Pengerusi Kop KGMMB, Ibrahim Marlan dan Pengerusi Kumpulan Kakatoo F&B, Datuk Yusof Izahar menandatangani MoU itu di Restoran Kakatoo, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu, 29 November 2025, dengan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia  (SKM), Mohammad Farhan Mohamad Sabri.

Dari kiri (duduk):  Ketua Pegawai Eksekutif Kakatoo F&B, Joyce Chong; Yusof Izahar dan Ibrahim Marlan pada majlis menandatangani MoU di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 20 November 2025.


Menurut MoU itu, Kakatoo, sempena mengambil nama burung kakak tua, melalui LJP Kitchen Sdn Bhd, antara lain menyediakan program skim keusahawanan  kepada 2,000 usahawan. 

Ia juga menyediakan sokongan kewangan, perkakas, peralatan dan latihan keusahawanan kepada semua peserta yang terpilih.

Kop KGMMB pula akan melaksanakan promosi dan pemasaran di kantin-kantin sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, selain menganjurkan program Skim Keusahawanan untuk semua anggota koperasi.
Sasaran awal, 300 buah sekolah di Wilayah Persekutuan dan  Selangor akan dilibatkan dalam program ini.

Sementara itu, Mohammad Farhan memuji inisiatif Kop KGMMB dan Kakatoo, membuka peluang kepada golongan yang berminat dalam bidang perniagaan.

Ibrahim pula menyifatkan ia sebagai satu langkah strategik mengukuhkan kedudukan koperasi dalam sektor ekonomi yang lebih kompetitif.


Yusof pula berkata pemeteraian kedua-dua pihak itu adalah permulaan kepada program yang lebih besar pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada guru, suri rumah, remaja dan pesara bergiat dalam perniagaan.

Menurutnya, model itu memberi peluang kepada usahawan baharu memulakan perniagaan sendiri dengan modal rendah dan bimbingan penuh.
Kanya, ia selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan untuk memperkasa usahawan mikro dan mengukuhkan peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi komuniti.

Buat permulaan, program itu bermula dengan skim keusahawanan Natalah Egg Tart.

Skim NataLah Egg Tart membuka peluang kepada peserta untuk memulakan perniagaan tart telur premium yang mudah diusahakan. 

Berdasarkan statistik pasaran pencuci mulut negara, terdapat lebih 10 juta biji egg tart. - KitaReporters/Kenyataan Media

16
8
0
20
0
You will be interested