Bisnes & Ekonomi 20 Jul, 2025

Pelan Induk Pembangunan Bumiputera PP 2026-2035 dilancarkan! Program Tunas Madani ditampilkan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 adalah pelan induk yang akan menjadi pemacu ke arah pembangunan komuniti Bumiputera yang lebih inklusif dan mampan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Program Tunas Madani pula memberi fokus kepada usaha melahirkan usahawan muda yang berdaya tahan.

Manakala Projek Perumahan JKPSB oleh anak syarikat JKP Sdn Bhd, milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), akan menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik untuk rakyat, tegasnya.

"Kerajaan Madani tampil dengan komitmen yang jelas," ujar Anwar ketika hadir di UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi melancarkan Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035, Program Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB pada 19 Julai 2025.



Perdana Menteri memberitahu, beliau amat memahami cabaran yang masih dihadapi masyarakat Bumiputera sama ada dalam merebut peluang perniagaan, memperkukuh keupayaan keusahawanan, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti ataupun dalam soal pemilikan rumah yang selesa dan mampu milik.

"Oleh itu, saya sering tegaskan bahawa kuasa bukan sekadar untuk disandang, atau keistimewaan tetapi adalah amanah yang mesti dimanfaatkan sebaiknya demi kebaikan rakyat. 

"Peluang yang ada perlu diterjemahkan melalui dasar, program dan projek yang benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat," jelasnya.



Pada majlis ini juga, Anwar turut memperkenal Program Didik Kasih Peranti Madani, iaitu satu inisiatif bagi memberi penghargaan kepada anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Majlis ini turut diserikan dengan kenduri rakyat yang menghimpunkan lebih 3,000 orang masyarakat setempat. 

Ia melambangkan keakraban dan keterbukaan pemimpin untuk terus bersama rakyat di setiap peringkat. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
9
0
17
0
You will be interested