Bisnes & Ekonomi 31 Oct, 2025

Video| Lebih 2,000 kedai di kampung, pendalaman penerima skim SARA! Tak perlu ke pusat bandar! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Lebih 2,000 kedai kecil di kampung dan kawasan pedalaman sudah dilantik menjadi penerima skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai usaha membantu individu dan keluarga miskin.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, objektif utama SARA diluncurkan adalah untuk membantu individu dan keluarga miskin. 

"Setakat ini, kerajaan sudah pun memperluas penerimaan SARA kepada lebih 2,000 kedai kecil di kampung-kampung dan pedalaman.

"Ini akan membolehkan ibu bapa mudah untuk beli barangan asas dan keperluan dapur tanpa perlu ke pusat bandar," jelas beliau semasa Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Khamis, 30 Oktober 2025.



SARA ialah bantuan kerajaan tanpa tunai untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos sara hidup. 

Bantuan ini disalurkan ke MyKad penerima (melalui program seperti MyKasih) untuk membeli barangan asas secara tanpa tunai (cashless) di kedai dan pasar raya terpilih. 

Sementara itu, kepada yang berada, Anwar berharap mereka tidak mengambil wang bantuan SARA berkenaan. 

"Kita permudahkan wang itu kembali kepada yang benar-benar perlu. Dan sekiranya ada yang ambil, usahakan untuk diberikan kepada jiran-jiran dan keluarga yang susah. 

"Secara tidak langsung, kita memainkan peranan kecil mendepani permasalahan ini secara bersama dan sikap kasih sayang.

"Mari bersama kita tanganinya secara bersama dengan sikap ihsan yang tinggi kepada manusia," ujarnya. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
14
0
13
0
You will be interested