Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta, khusus bagi kerja baik pulih jalan, jambatan dan infrastruktur asas yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, beliau mengarahkan Angensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama seluruh jentera Persekutuan, Negeri dan PBT memastikan setiap mangsa banjir menerima perlindungan, bantuan dan kebajikan sewajarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Negara, Parlimen pada Selasa, 2 Disember 2025.
Menurut laporan, jumlah mangsa banjir di lapan negeri dikatakan telah melebihi angka 12,000 orang dan membabitkan lebih 4,000 keluarga.
Negeri yang paling teruk menerima kesan banjir besar pada hujung November 2025 ini ialah Kelantan, yang kemudian diikuti Perak dan Perlis.

Anwar menegaskan bahawa Kerajaan Madani kekal menempatkan rakyat sebagai keutamaan tertinggi.
"Pengurangan defisit dilakukan secara berperingkat-peringkat supaya ruang fiskal terus kukuh untuk membiayai projek pembangunan, khususnya prasarana asas yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan juga tegas melaksanakan penyasaran subsidi agar bantuan benar-benar sampai kepada rakyat terbanyak, sambil membanteras ketirisan yang menguntungkan bukan warganegara dan tujuan komersial," jelas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media
