Bisnes & Ekonomi 17 Nov, 2025

75 Tahun Co-opbank Pertama! CBP Helo Run 2025 untuk eratkan hubungan dengan komuniti setempat!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Co-opbank Pertama (CBP) menyemarakkan perjalanan 75 tahun dengan penganjuran CBP Helo Run 2025 yang telah diadakan pada 16 November 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 


Acara yang disertai hampir 1,000 peserta ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan larian sejauh tujuh kilometer. 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata CBP Helo Run 2025 akan dijadikan platform untuk memupuk gaya hidup sihat, selain meraikan kebersamaan dan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat. 

”Kami ingin menyambut ulang tahun ini bukan sahaja bersama warga CBP, tetapi juga dengan komuniti yang sentiasa menyokong CBP dan diharapkan melalui Helo Run ini dapat menyatukan orang ramai dalam suasana ceria dan sihat sambil meraikan pencapaian 75 tahun CBP melalui hadiah yang ditawarkan dalam kempen CBP,” katanya dalam kenyataan pada 17 November 2025. 



Selain itu, CBP turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan aplikasi HeloCBP, yang dilancarkan pada Mac 2024, sebagai bukti komitmen CBP dalam memperkasa digitalisasi perkhidmatan kewangan demi manfaat ahli dan pelanggan. 

Sebagai sebahagian daripada kempen aplikasi HeloCBP, CBP telah melancarkan kempen QR-azy Deals (Crazy Deals) bermula pada 01 November 2025 hingga 22 Mac 2026 di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM400,000 dengan menggunakan DuitNow QR HeloCBP. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
8
0
9
0
You will be interested