.
MUNGKIN jarang kita dengar rangkaian tiga hotel serba mewah, serba hebat ini, yang ditabirkan oleh Ion Majestic Hospitality, anak syarikat NCT Group yang disenaraikan di bursa saham KLSE, yang memilih strategi perniagaan yang mampu memenuhi cita rasa pengunjung dengan menawarkan keistimewaan tersendiri bagi tetamu yang ingin mencipta momen indah yang tidak dapat dilupakan semasa bercuti di tanah tinggi Genting Highlands.
Daripada hasrat pengunjung yang mahukan hotel "mesra Muslim" sehinggakan hotel bertemakan seribu satu malam ajaib dan pengantin yang mahu "berkahwin dan berbulan madu di atas awan biru" pada 6,000 kaki dari paras laut.
Bayangkan sesudah melafaz akad nikah atau ikrar kahwin di ballrom terbesar di tempat sama tinggi dengan Gunung Titiwangsa, kemudian menghabiskan hari-hari beradu asmara seperti mana lagu Fantasi Bulan Madu lagu dendangan kumpulan Search itu.
"Bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu" atau bercita-cita menjadi tuan puteri dalam hikayat dongeng, penyanyi rock dan sekadar santai-santai menikmati alam semesta penuh kehijauan dan cuaca dingin serta "berjalan dalam kabus".
Anda pilih saja, hotel Wyndham Ion Majestic atau hotel 1001 Nights mempunyai jumlah 1,885 bilik dengan pilihan 1, 2 atau 3 bilik tidur.
Pengarah Kumpulan Pemasaran Ion Majestic Hospitality, Charles Wong berkata tetamu boleh memilih untuk menginap, melakukan aktiviti keluarga dan urusan perniagaan atau melangsungkan perkahwinan, ulang tahun serta berhibur sama ada di Grand Ion Delemen, 1001 Nights atau Wyndham Ion Majestic, kesemuanya di puncak Genting Highlands.
Hotel-hotel itu yang diuruskan oleh Ion Majestic Hospitality dan Wyndham International, rangkaian hotel terkemuka di seluruh dunia, sudahpun disenaraikan dalam Malaysia Book of Record sebagai hotel di altitud (kedudukan) tertinggi di negara ini dan keistimewaan sedang menunggu pengunjung untuk merasai tempat-tempat unik dan menarik seperti Piramid Kaca
Atas Langit (Sky Glass Piramid), Jambatan Kaca Paras Tertinggi, Dewan Bangkuet Paling Tinggi dan paling mencabar minda apabila hotel itu menawarkan keterujaan menaiki lif yang serba kaca.
Dewan Bangkuet Paling Tinggi
Charles Wong yang cekap berbahasa Indonesia kerana kerap berulang alik ke Indonesia melayan wartawan dari Utusan dan KitaReporters tentang kemudahan di tiga hotel.
Di atas bumbung hotel 1001 Nights akan dibuka Hard Rock Cafe paling tinggi di Asia Pasifik. Anda pasti teruja dan terhibur dengan makanan sedap dan muzik hangat di restoran popular sedunia ini.
Pengunjung yang gemar ketinggian extrem pasti suka pelantar terbuka terjulur keluar bangunan di atas bumbung hotel, yang boleh menyebabkan jantung berdebar kencang kerana kita seolah-olah "tergantung" di luar hotel.
Hotel Ion Delemen pula dikatogerikan sebagai hotel "mesra Muslim" kerana menyediakan kemudahan surau, tempat makan halal untuk keluarga bersukaria menikmati cuti, cuaca dingin dan udara segar.
Di antara hotel itu, ada kenderaan buggy yang memudahkan tetamu.
Charles berkata untuk tetamu 1001 Nights Hotel, mereka akan merasai pengalaman imersif dengan reka bentuk dalaman hotel seakan cerita fantasi.
1001 Nights Hotel yang menjadikan impian anda satu kenyataan.
"Kita tidak menawarkan kegiatan judi di sini dan sebagai satu kelebihan tiga hotel ini menawarkan pusat percutian yang ibu bapa dan keluarga rasa selesa dengan konsep alam sekitar, ketenangan, merawat diri dan memenuhi impian yang ada dalam diri kita seperti cerita dongeng," katanya.
1001 Nights Hotel dinamakan oleh seorang pakar strategi perniagaan dan berada di sini, kita "hilang" dalam dunia bertema tersendiri, katanya yang kini ramai pengunjung ke situ dari China dan India.
Seharian menghabiskan masa di pusat hiburan termasuk taman tema di Skyworld yang tidak jauh dari hotel itu, mereka meneruskan keseronokan bila bilik mereka dicantikkan bak bilik tuan puteri atau putera raja atau penyanyi rock.
Nikmat istimewa untuk pengunjung untuk tinggal di sini.
Wow....
Rekod Wyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highlands dalam disenaraikan dalam " Malaysia Book of Records " :
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Glass Bottom Link Bridge as of September 29, 2019
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Clear Glass Sky Lift as of September 20, 2019
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Largest Banquet Hall as of September 29, 2018
- The Malaysia Book of Records for Highest Altitude Glass House as of September 29, 2018