Bisnes & Ekonomi 11 Sep, 2024

Kejutan istimewa! Pakej umrah, kembara Korea Selatan untuk wira paralimpik Paris! Tajaan ikhlas.com!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) meneruskan sokongan terhadap wira-wira negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Kepulangan kontinjen paralimpik negara yang membawa pulang pingat pada temasya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dimeriahkan lagi dengan kejutan istimewa iaitu tajaan pakej umrah dan kembara Korea Selatan bersama ikhlas.com bernilai hampir RM100,000.

Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan berkata: “Kami berbesar hati dapat meraikan kejayaan mereka yang banyak berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara di persada dunia. 

"Sebagai platform sehenti gaya hidup dan kembara mesra Muslim, ikhlas.com menaja atlet-atlet paralimpik yang membawa pulang pingat dan jurulatih mereka yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

“Kami dengan ini mengumumkan tajaan pakej ikhlas.com Umrah untuk atlet dan jurulatih paralimpik yang beragama Islam sementara yang bukan Islam pula akan menerima tajaan pakej kembara ke Korea Selatan bersama ikhlas.com Travel.”

Pada 13 Ogos 2024 lalu, ikhlas.com menunaikan hasrat atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapa beliau menunaikan umrah walaupun gagal meraih kemenangan menerusi acara keirin lelaki di Sukan Olimpik 2024. 

Dilancarkan sewaktu pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform kembara dan gaya hidup Muslim direka khusus untuk membantu umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mudah. 

Selain ikhlas.com Umrah dan tawaran pelancongan halal dengan usaha sama syarikat penerbangan subsidiari, AirAsia X, ikhlas.com turut memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah zakat, sedekah, akikah, fidyah dan korban. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
10
0
14
0
You will be interested