Bisnes & Ekonomi 01 Dec, 2025

Video| Hari membanggakan! Syarikat tempatan lahirkan QV-E! EV pertama hasil usaha anak tempatan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Hari yang membanggakan Malaysia. Syarikat automobil tempatan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berjaya mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) yang pertama yang dihasilkan oleh jurutera, saintis dan tenaga mahir anak tempatan.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "hari ini saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia menyaksikan kejayaan syarikat anak tempatan merealisasikan kewujudan EV pertama Perodua, yang dikenali sebagai QV-E.

"Pencapaian ini lahir daripada kepintaran, disiplin, kegigihan serta keyakinan para jurutera, saintis dan tenaga mahir tempatan lantas membuktikan bahawa bukan sahaja Perodua, tetapi Malaysia mampu mengangkat martabat dan harakat negara," tegas beliau.

Kenderaan QV-E, yang membawa maksud 'Quest for Visionary - Electric', ditawarkan oleh Perodua pada harga runcit RM80,000, tidak termasuk insurans dan bateri.

Katanya, walaupun berdepan kekangan termasuk proses pemindahan teknologi yang tidak selalu lancar, kekuatan dalaman Perodua bersama para pendidik dan penyelidik tempatan menjadi pemangkin kejayaan ini.



"Perjalanan negara penuh cabaran, namun hari ini kita melihat hala tuju dasar yang jelas, muafakat yang kuat dan disiplin yang utuh.

"Hatta inilah yang memungkinkan kita mencapai kejayaan yang dahulunya dianggap sukar," jelas beliau.

Anwar berkata, kerajaan memberikan jaminan dukungan penuh bahawa kerajaan akan membuka ruang lebih luas agar pengalaman dan kejayaan istimewa yang boleh menjadi ilham kepada anak-anak muda untuk terus meneroka dan memacu teknologi baharu negara. 

"Dengan semangat kental yang diperkukuh oleh kepakaran anak tempatan serta sokongan padu pelbagai pihak, Perodua kini bersedia melangkah ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing dalam industri kenderaan elektrik, bukan sahaja untuk pasaran domestik, hatta di persada antarabangsa," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
9
0
8
0
You will be interested