Bisnes & Ekonomi 20 Feb, 2023

Berita baik! Telekung Siti Khadijah kini boleh dibeli secara ansuran! Pembayaran BNPL patuh syariah!

@m. azim
I have nine years of experience in the media industry whereby previously I was working with Bernama TV, Utusan Malaysia, and Utusan Online . Other than that, I also published my book regarding journalism which is "Kewartawan Era Digital".

Share this

Mohammad Munzir Aminuddin membuat pertukaran dokumen MoU bersama pengasas MOBY Fintech, Rian Philip.


BERITA baik buat peminat jenama Siti Khadijah! Jenama telekung tempatan popular itu kini boleh dibeli secara ansuran, justeru orang ramai tidak perlulah tunggu sehingga tiga bulan dan ikat perut untuk membelinya.

Ia selepas jenama itu mengumumkan kerjasama eksklusif bersama platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) tempatan, MOBY Islamic.

Kerjasama itu akan memberi pilihan pembayaran BNPL patuh syariah pertama Malaysia kepada pelanggan Siti Khadijah secara dalam talian dan juga di semua butik Siti Khadijah dalam negara. 

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tudung Siti Khadijah

Jenama telekung Siti Khadijah kini boleh dibeli menggunakan aplikasi MOBY Islamic.

Malah, lebih menarik pelanggan Siti Khadijah boleh menikmati pelan ansuran bulanan sehingga enam bulan untuk pembelian dalam talian mereka. 

Walau bagaimanapun, tidak lama lagi, pelanggan juga akan dapat menikmati kemudahan itu untuk pembelian secara fizikal di butik juga. 

Sebagai satu-satunya platform patuh syariah, ansuran pembayaran pecahan fleksibel MOBY Islamic adalah tanpa faedah dan berdasarkan kontrak Qard. 

Selain bayaran ansuran, MOBY juga merupakan platform BNPL pertama di Malaysia yang memberikan pilihan pembayaran segera kepada penggunanya — iaitu ciri PayNow. 

Melalui PayNow, pelanggan boleh memperoleh mata serta menikmati baucar dan diskaun melalui pembelian mereka. 



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin, melalui kerjasama eksklusif itu, pihaknya berharap ia akan memberi pengalaman yang unik dengan adanya kemudahan pembayaran yang fleksibel. 

“Kami tidak mahu membebankan pelanggan kami untuk dapatkan telekung yang berkualiti dan selesa untuk dipakai, terutama kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan dengan menonjolkan keindahan cara hidup Islam melalui konsep 'Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat'. 

"Kerjasama antara MOBY Islamic dan Siti Khadijah adalah satu langkah bagi kami untuk memastikan visi ini terus kukuh, khususnya kerana MOBY Islamic menerapkan asas dalam konsep pinjaman yang patuh syariah.” ujarnya. - KitaReporters


12
9
0
16
0
You will be interested