Menarik 19 Nov, 2019

SAKA ENGGAN LEPAS TUBUH USTAZ DIHUNINYA

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
SERAM sejuk bersama melayari pengalaman Mayangsari merawat mangsa makhluk ghaib. "Ambik aku dari hok ore lain, pas tu jadi tuan aku. Bodoh betul Manusia ni." : KitaReporters.com

Ini adalah antara beberapa siri yang saya akan kongsikan dengan pembaca mengenai kerja seorang perawat tradisional atau tok bomoh yang mungkin dalam keadaan tertentu akan membuatkan pembaca berfikiran saya cuba lari dari landasan agama. 

Sebagai Muslim, kita kena percaya selain manusia dalam dunia ni ada entiti atau makhluk lain yang kadangkala boleh  "memasuki" badan kita dan adakalanya sampai tahap merasuk.

Saya ceritakan pengalaman Mayangsari mengubati pesakit dengan caranya saya memanggilnya "pemburu hantu" atau Ghostbuster. - KARTINI MOHD. NOOR


Siri 3.


BUKAN mudah bila sudah berkawan dengan makhluk ghaib ni. Janganlah sesekali berjanji atau bersumpah untuk menjadi 'tuan' kepada penghuni dari dunia gelap ini. 

Kerana akhirnya, badan akan merana dan sekalipun jasad kita sudah mereput tetapi mahkluk saka ini akan kekal menghuni badan sebagai menemui 'tuan' baharu.

Manusia tak tahu bagaimana rupa jin, syaitan dan hantu-hantu yang wujud bersama. Hantu raya paling banyak menjadi 'teman' dalam kalangan masyarakat Melayu. 

Hantu yang boleh menyerupai tuan bila pemiliknya tiada di rumah, menjaga kebun dan ladang untuk menggelakkan kecurian atau gangguan musuhnya. 

Tenaga saka ini sangat kuat, taat setia sehingga sanggup dan mampu meniduri isteri tuannya sendiri!


Kali ini, Mayangsari diminta mengubati seorang ustaz yang menjadi mangsa apabila tidak sengaja memberi kebenaran dirinya menjadi tuan baharu saka hantu raya. 

Daripada niat membantu orang kampung, saka itu kini mengambil alih jasad ustaz yang sekarang 'hidup' macam orang biasa sehingga semua keluarganya tidak sedar. Bila Mayangsari `bersembang` dengan saka itu, baru  terbongkar kisahnya.

Ustaz ini mendapat pendidikan agama sehingga di sekolah pondok di Tanah Jawa. Dia kemudian kembali ke negara ini dan ditawarkan bekerja dengan sebuah perkapalan minyak terbesar negara. 

Tugasnya menguruskan kuliah agama, membimbing kakitangan itu terutama mengetuai aktiviti pada bulan Ramadan serta memberi khidmat nasihat.

Ketika di pejabat dia disegani sebagai ustaz berkelibar dan sebaik ke kampungnya, dia antara ustaz yang sangat disegani kerana lulusan ilmu di mahaad tahfiz terkenal di Kelantan. 

Sesuai dengan kedudukan,  bila balik kampungnya, dia sentiasa didatangi penduduk untuk meminta bantuan berubat ala kampung.

Rumahnya menjadi tumpuan penduduk yang sakit sebab buatan orang dan disantau. 

Dalam kesungguhanya membantu orang sakit dalaman itu, ustaz pula 'terlupa' mendinding badannya daripada dirasuk oleh sisa saka yang dihantar kepada mangsa terbabit. Perlahan-lahan dia pula diserang oleh  mahkluk ghaib ini.

Lama-kelamaan dia pula jatuh sakit dan terpaksa berhenti kerja serta mendapat rawatan di hospital kerana kesihatan kian merosot setiap hari. Dia tak sedar penyakit itu itu. 

Hanya apabila Mayangsari menceritakan pada salah seorang adiknya, mereka semua enggan mengakuinya. Malah ketika ibunya 'berasa' anaknya terkena buatan orang, berita itu sudah terlewat.


Sebenarnya ustaz itu meninggal dunia sudah lama. Jasad yang kian mereput tetapi disebabkan saka itu, jasadnya macam orang biasa. 

Bila diberitahu hal itu, tiada seorang anggota keluarga itu percaya dan membuat keputusan supaya rawatan buang saka itu tidak diteruskan. 

Sampai bila? Sampailah saka itu menemui tuan baharu, jasad itu akan hancur berderai, meninggalkan bau bangkai yang busuk. 

Lelaki itu memang macam masih hidup dan kalau bertemu dengannya, anda akan lihat dia makan sangat berselera. Makan malah rupa dan kelakuan tetap sama. Cuma tubuhnya kurus kering.

Ustaz ini tidak tahu bila dia mendampingi saka terbabit, cuma apabila adiknya diberitahu pada suatu hari dalam merawat seorang pesakitnya yang ingin membuang saka keluarganya meminta bantuan ustaz ini, dia setuju memindahkan saka berkenaan ke badannya sebagai tuan baru. 

Apalagi 'melompat' gembira hantu raya ni,  terus ditarik keluar dan masuk ke badannya.  

Sebab itu bagi mereka yang tidak mengetahui kehidupan alam ghaib ini dan merawat orang sakit,  jika tidak berhati-hati dia mungkin tidak sedar menjadi tuan tumpangan baharu kepada hantu raya.

Ustaz ni mungkin tidak ada asas ilmu perawat tradisional kerana sebaik saja  bersetuju menjadi tuan baharu, saka  itu tidak akan melepaskan jasadnya sehingga ada yang bersetuju menjadi tuan baharu.  

Untuk ambil alih saka ini, ada cara lafaz akadnya dan sebaik saja 'sumpah' termeterai itu, saka dengan mudah 'keluar' dari tubuh pesakit lama dan berpindah ke badan baharu dengan memegang jantung.

Sepatutnya ustaz menambah klausa menjadi 'tuan' baharu itu hanya untuk tempoh sementara saja sehingga saka diturunkan kepada suku sakat keluarga pembela saka itu.


Hantu raya itu besar saiznya lebih kurang gorila, berbulu panjang mempunyai jari panjang dan berkuku tajam. Matanya merah menyala dan bertanduk kiri kanan. Gambaran ini macam Sasquash dan Yeti di pergunungan Himalaya. 

Saka ini memiliki kekuatan luar biasa dan mampu bekerja tanpa penat lelah dan kekal abadi. Malah hantu raya juga dikatakan menjadi alibi kepada tuannya yang bermain kayu tiga (bermadu) apabila mampu menggantikan tempatnya di kamar tidur rumahnya.

Pulut kuning, telor, ayam panggang, beras dan patung adalah sajian wajib ketika memberi sembah makanan. Dan bila tidak diberi 'makan' atau tidak dijaga dengan baik, hantu raya akan berkeliaran dan menyerang tuannya.

Malangnya di zaman moden ini, terlalu banyak benda 'kotor' yang dibuang bukan saja oleh orang Melayu tetapi juga bangsa lain yang membuang 'sial' dalam aliran sungai. 

Ia sepatutnya dimasukkan ke dalam botol bagi menggelakkan berkeliaran dan mendedahkan nyawa manusia jika 'tersalah' pijak di tempatnya kediamannya.


Hantu raya di Tanah Jawa dikenali sebagai Genderuwo yang kaitan mitosnya dengan mahkluk Hindu Gandarewa dan raksasa ganas dalam agama Majusi Gandharva. Sekiranya tuannya tidak menyukai anda, kadamnya ini akan menurut apa jua perintahnya untuk membinasakan anda.

Sebab itu apabila ustaz ini menumpangkan hantu raya itu di badannya jika tiada ayat pemutus untuk menariknya keluar memang saka itu tidak akan keluar begitu saja. 

Sebelum ini, kedua-dua kaki ustaz itu bengkak, begitu juga  badannya. Dia kemudian menjalani dua kali rawatan membuang lebihan air dalam badannya. Ahli keluarganya ingatkan dia parah begitu kerana penyakit diabetesnya.

Sebab itu bila Mayangsari 'bercakap' dengan mahkluk ghaib itu, saka itu memperlinya manusia itu bodoh kerana sanggup menjadi tuan pada hantu. Dia tidak akan melepaskan jasad lelaki itu sehingga menemui tuan baharu. Dalam zaman moden yang serba canggih ni, siapa yang mahu menjadi pak sanggup. Lebih-lebih lagi mengingatkan seksanya nyawa hendak dicabut nanti. 

Dan sekiranya Mayangsari berkeras membuang roh hitam itu, ustaz itu akan meninggal dunia serta merta kerana rohnya sudah lama meninggalkan jasadnya. - KitaReporters.com

2
2
5
1
1
You will be interested

TAK MENGALAH, TERUS BERUSAHA, WALAU DIUJI

Kisah penghidap kanser, Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal yang tetap berusaha dan tidak mengalah mendapat perhatian netizen

Yati Yazid in Menarik 5 years ago

DARI BENTONG KE KL JUAL SAYUR KAMPUNG

Din Esai, seawal pukul lima pagi, dia bergerak meninggalkan rumahnya di Bentong, mengharungi perjalanan 72 kilometer menuju destinasi di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor untuk menjual sayur kampung
Ahmad Abd Hamid in Menarik 5 years ago

TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"

Pemandu Grab, Ismail Samuri kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, terkejut melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Yati Yazid in Menarik 5 years ago

PENDEKAR 'INDIANA JONES' CARI HARTA KARUN

Mustaqim Mohd Salleh tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana dirasakan telah memberi hasil lumayan dan berbaloi
Samadi Ahmad in Menarik 5 years ago

MALU APA? KISAH SHAHRIZAL SI TUKANG KASUT

Shahrizal Sharani, 56, menganggap pekerjaannya itu cukup unik malah tidak semua orang boleh melaksanakannya. Kiosknya terletak di Jalan Besar, dekat Kuantan, Pahang.
DSA Wahab in Menarik 5 years ago