Menarik 06 Nov, 2019

TAK MENGALAH, TERUS BERUSAHA, WALAU DIUJI

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
DALAM menjalani kehidupan pasti kita diuji, selagi bernama manusia kita tetap diuji dan ujian yang yang diberi itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.


Namun setiap orang diuji oleh Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.

Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya.

Terbaru posting dalam laman Facebook, kisah mengenai seorang pejuang kanser yang terus melawan sakitnya dan tidak mengalah dengan ujian yang diterima menarik tumpuan netizen.

Walaupun disahkan menghidap kanser, Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal  tetap berusaha dan tidak mengalah.

Malah anak muda itu tetap cekal mencari rezeki dalam menampung keperluan hidup, selain berusaha mencari dana untuk membeli mesin oksigen demi keperluan dirinya.


Kisah perjalanan lelaki kelahiran Alor Star, Kedah itu  dikongsi oleh rakannya, Mira Jamal menerusi akaun Facebook, Mira Jamal Jay Kay yang kagum dengan usahanya serta tidak cepat mengalah biarpun dilanda musibah.

Budin disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak September lalu dan kini sedang menerima rawatan di Pusat perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Menurut Mira, Budin seorang yang sangat tabah dan tidak suka meminta-minta, biarpun dia seorang penghidap kanser dan pernah koma, tapi dia tetap tidak mahu mengalah.


Kini biarpun terlantar di katil dan bergantung kepada oksigen tetapi dia tetap rajin mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan menulis tag nama khat. 

Biarpun dalam keadaan kekurangan, tetapi kerja tangan anak muda itu sangat kemas dan cantik.

Budin yang sebelum ini merupakan seorang guru kini tidak lagi mampu untuk bekerja berikutan keadaan dirinya yang bergantng kepada mesin oksigen 24 jam.

Namun dalam kesengsaraan yang dilalui, Budin tetap gigih mencari rezeki dan tidak bergantung kepada orang lain bagi menampung perbelanjaan.


Menerusi perkongsian tersebut, Mira merayu netizen supaya dapat meringankan beban Budin dan merealisasikan impian untuk membeli mesin oksigen supaya Budin dapat kembali ke rumah bersama anak-anaknya.

Mala hmenjenguk dalam Facebook, ternyata Budin seorang individu yang sangat positif, langsung tiada keluhan berkaitan kesakitan yang diharungi, sebaliknya kata-kata semangat memenuhi ruang dalam laman Facebook peribadinya.

Sebagai rakyat yang hidup secara muhibah, tidak salah kalau kita membantunya, jika bukan dengan wang ringgit tapi mungkin dengan sokongan.

Bagi yang berkemampuan, apa salahnya jika kita menyokong dan membantu Budin dengan menempah tag nama berkenaan dan bagi yang mahu membuat tempahan, boleh layari akaun Instagram @t_biduanda

Hasil kerja tangan guru muda itu bermula dengan harga RM12 untuk tag nama jenis pin dan RM15 pula untuk tag nama jenis magnet. 

Semoga Allah permudahkan urusan Budin serta keluarga dan mereka dapat terus bersama dalam keadaan yang bahagia serta sihat walafiat. Amin!!

3
0
13
0
0
You will be interested

KERANA MORTAR BOARD, GRADUAN JADI 'FAMOUS'

Bagi seorang graduan UKM, Lee Hui Fen, satu kejadian yang tidak disangka telah berlaku kepada dirinya sewaktu Majlis Konvoksyen UKM Ke-47

Samadi Ahmad in Menarik 5 years ago

MENGENALI PUTERA TAMPAN, TINGGI LAMPAI

Ketampanan dan sikap merendah diri Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah buatkan baginda amat disenangi rakyat
Rashid Rahman in Menarik 5 years ago

DARI BENTONG KE KL JUAL SAYUR KAMPUNG

Din Esai, seawal pukul lima pagi, dia bergerak meninggalkan rumahnya di Bentong, mengharungi perjalanan 72 kilometer menuju destinasi di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor untuk menjual sayur kampung
Ahmad Abd Hamid in Menarik 5 years ago

TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"

Pemandu Grab, Ismail Samuri kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, terkejut melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Yati Yazid in Menarik 5 years ago

PENDEKAR 'INDIANA JONES' CARI HARTA KARUN

Mustaqim Mohd Salleh tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana dirasakan telah memberi hasil lumayan dan berbaloi
Samadi Ahmad in Menarik 5 years ago