Menarik 08 Nov, 2019

KERANA MORTAR BOARD, GRADUAN JADI 'FAMOUS'

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this

KEJAYAAN menggenggam segulung ijazah menjadi detik manis bagi setiap mahasiswa yang berjaya  menamatkan pengajian di menara gading. 


Majlis konvokesyen merupakan satu pengiktirafan kepada para graduan dan pada masa ini, pelbagai cara dilakukan oleh sesetengah graduan ketika menerima skrol yang bertujuan mencari publisiti untuk diri sendiri termasuk meraih perhatian ramai. 

Bukan berswafoto, menjerit atau melambung skrol di atas pentas tetapi kejadian tidak disengajakan bagi seorang graduan ini dikagumi ramai termasuk rakan-rakan, pensyarah dan orang kenamaan yang hadir kerana beliau dengan tanpa rasa segan silu terus berada di atas pentas berkenaan.


Bagi seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Muda Farmasi, Lee Hui Fen, satu kejadian yang  tidak disangka telah berlaku kepada dirinya sewaktu Majlis Konvoksyen UKM Ke-47 baru-baru ini meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan buat dirinya.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan pengguna Twitter Dik Cerdas  @AizatSays, menyatakan  'mortar board' yang dipakai oleh graduan (Lee Hui Fen)  itu tiba-tiba terjatuh ketika beliau sedang berbaris di pentas untuk menerima  skrol ijazah daripada Pro-Canselor UKM, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah.

Mortar board yang tidak dipakai dengan baik agar ketat itu bukan hanya tercabut dan jatuh sekali, malah tiga kali sehingga menarik perhatian Puteri Intan Safinaz dan seorang ahli akademik untuk membantu memakaikan motar board itu semula dengan baik.

Meskipun berhadapan dengan suasana cemas itu graduan berkenaan tetap berada dalam keadaan tenang sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin sebagai tanda sokongan.

Melalui ciapan @AizatSays berkata, "Guys kalau pakai 'mortar board please make sure' ketat and jangan letak belakang sangat nanti jatuh macam graduan ni. Kudos to tetamu dalam dewan yang supportive bagi tepukan semangat dekat dia kalau I dah menggeletar kaki atas pentas."


Susulan video yang tular semenjak hujung minggu lalu itu ditonton kira-kira 193,000, disukai 8,183 dan 8,895 membalas ciapan yang rata-rata warganet bersimpati dengan nasib graduan itu

Kebanyakan nitezen yang membalas ciapan itu  menyatakan mereka tidak dapat membayangkan perasaan yang dialami graduan itu ketika insiden itu berlaku sehingga menyebabkan photo beliau tidak secantik rakan lain ketika menerima skrol.

Meskipun begitu, tidak kurang juga yang memuji kepada tetamu yang menyokong inisiatif Puteri Intan Safinaz  serta tokoh akademik yang membantu graduan itu di atas pentas.

Seorang warganet, Siti Nurain@Ainn_Azmil berkata, ketika berbaris sebelum naik pentas takkan tiada sesiapa yang bantu tengokkan keadaan rambut dan tudung graduan supaya kemas.

 Katanya, masa beliau dulu ada petugas yang bantu tengokkan dan betulkan jubah dan pakaikan mortar dengan betul.

"Rambut tu jangan harap la nak buat macam tu, semua kena selit di belakang telinga. Motar kena betul-betul dekat dahi bukan rambut," katanya.

Bagi Aina Rahman@ainaarah pula, dia berkata, kalau boleh pin sehabis mungkin untuk keselamatan dan tidak mahu jatuh ketika tunduk.

Tidak kurang juga ada yang memberi semangat dan pujian terhad sikap prihatin Puteri Intan Safinaz bagi membantu graduan berkenaan seperti Cikgu Husna@nunulll yang menulis, "kita orang dalam tu semua bagi semangat pada beliau, tidak ada yang gelak. Semua orang terkejut dan selepas itu beri tepukan, untung beliau Tuanku Intan Safinaz siap pakaikan."

Terdapat juga ada nitezen yang bergurau seperti Madisone Greenwood@ yang menulis, sebenarnya gadis ini model shampoo Pantene.

"Beliau ingin buktikan Pantene mampu melebatkan rambut sehinggga 'mortar board' boleh jatuh. Hebat bukanPentene? Bertukarlah kepada Pentene hari ini," komennya.

Majlis Konvokesyen UKM Ke-46 yang berlangsung selama empat hari, bermula 2 hingga 5 November lalu  itu menyaksikan seramai 7, 021 graduan menerima ijazah masing-masing.

Daripada jumlah itu, 571 adalah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 2, 070 graduan Ijazah Sarjana, 223 Ijazah Sarjana Kepakaran Perubatan, empat graduan Ijazah Sarjana Kepakaran Pergigian, satu Ijazah Sarjana Kepakaran Perubatan Lanjutan Dematologi, 4,069 Ijazah Sarjana Muda, 75 graduan Diploma Pascasiswazah dan lapan graduan Diploma Lanjutan.

3
0
0
0
0
You will be interested

TAK MENGALAH, TERUS BERUSAHA, WALAU DIUJI

Kisah penghidap kanser, Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal yang tetap berusaha dan tidak mengalah mendapat perhatian netizen

Yati Yazid in Menarik 5 years ago

MENGENALI PUTERA TAMPAN, TINGGI LAMPAI

Ketampanan dan sikap merendah diri Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah buatkan baginda amat disenangi rakyat
Rashid Rahman in Menarik 5 years ago

DARI BENTONG KE KL JUAL SAYUR KAMPUNG

Din Esai, seawal pukul lima pagi, dia bergerak meninggalkan rumahnya di Bentong, mengharungi perjalanan 72 kilometer menuju destinasi di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor untuk menjual sayur kampung
Ahmad Abd Hamid in Menarik 5 years ago

TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"

Pemandu Grab, Ismail Samuri kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, terkejut melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Yati Yazid in Menarik 5 years ago

PENDEKAR 'INDIANA JONES' CARI HARTA KARUN

Mustaqim Mohd Salleh tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana dirasakan telah memberi hasil lumayan dan berbaloi
Samadi Ahmad in Menarik 5 years ago