Menarik 18 Nov, 2019

MENGENALI PUTERA TAMPAN, TINGGI LAMPAI

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

KETAMPANAN dan sikap merendah diri Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah membuatkan baginda amat disenangi rakyat.  Jadi tidak hairanlah apabila setiap program yang melibatkan baginda sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat setempat yang tidak akan melepaskan peluang beramah mesra dan bergambar. : KitaReporters.com


Dalam satu program yang diadakan di Dataran Bentong di Bentong, Pahang baru-baru ini jelas kehadiran Tengku Fahd mencuri perhatian masyarakat berbilang kaum apatah lagi anak gadis dan remaja.

Anak raja berjiwa rakyat itu menjadi idola dan amat dinanti-nantikan oleh penduduk setempat sehingga ada yang sanggup datang dari jauh untuk bergambar dengan putera itu.  

Malah sikap Tengku Fahd yang bersahaja dan tidak kekok untuk bermesra dan melayan siapa sahaja termasuklah masyarakat Orang Asli membuatkan ada yang datang ke majlis itu "hanyalah kerana Tengku Fahd."


Masyarakat setempat khususnya golongan muda dilihat sanggup 'berbaris' untuk bergambar dengan baginda yang tidak pernah menolak permintaan untuk merakamkan kenangan bersama masyarakat.

Seorang remaja Orang Asli dari Kampung Sungai Dua yang dikenali sebagai Tina berkata, dia datang ke program itu bersama rakan dan keluarganya dengan tujuan utama untuk bergambar dengan Tengku Fahd.

Katanya, gambar yang diambil akan dibingkaikan dan akan disimpan sebagai kenangan bermakna kepadanya sepanjang hayat.

"Saya datang sini hendak ambil gambar dan saya gembira Tuanku tidak mengecewakan harapan kami malah melayan kami dengan baik.

"Dia sangat tampan dan saya sebenarnya akan datang setiap majlis yang dihadiri Tuanku di daerah ini bagi bertemu dan bergambar," katanya ketika ditemui di Bentong.


Dalam pada itu, Batin Orang Asli Kampung Sungai Dua, Asra Jali berkata, masyarakat Orang Asli begitu berasa gembira apabila dapat berjumpa apatah lagi bergambar dengan baginda.

Katanya, sikap mesra dan rendah diri putera yang begitu tampan itu amat disenangi seluruh masyarakat Orang Asli.

Sementara itu, Pengerusi Jaringan Cemerlang Masyarakat Bersatu (JCMB) berkata, Tengku Fahd amat disenangi seluruh masyarakat berbilang kaum dan menjadi ikon khususnya kepada golongan muda.

"Baginda sentiasa mengambil berat terhadap rakyat dan anak-anak muda dan tidak kekok berjumpa dengan masyarakat. Baginda juga sering memberikan nasihat dan menggalakkan program bagi membangunkan masyarakat dan anak muda," katanya.


Tengku Fahd yang merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar  Ri'ayatuddin Al-Muadzzam Shah dan Sultanah Kalsom merupakan seorang jejaka tinggi lampai dan berperwatakan tenang.

Tengku Fahd diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Baginda menerima pendidikan di Garden International School, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di United Kingdom dan seterusnya Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

3
3
0
0
0
You will be interested

TAK MENGALAH, TERUS BERUSAHA, WALAU DIUJI

Kisah penghidap kanser, Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal yang tetap berusaha dan tidak mengalah mendapat perhatian netizen

Yati Yazid in Menarik 4 years ago

DARI BENTONG KE KL JUAL SAYUR KAMPUNG

Din Esai, seawal pukul lima pagi, dia bergerak meninggalkan rumahnya di Bentong, mengharungi perjalanan 72 kilometer menuju destinasi di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor untuk menjual sayur kampung
Ahmad Abd Hamid in Menarik 4 years ago

TERBAIK!! PEMUDA ROMANIA NYANYI "TIADA LAGI"

Pemandu Grab, Ismail Samuri kepada pemuda dari Romania, Chris Jacob, terkejut melihat warga asing dapat menguasai bahasa Melayu dan lebih menariknya mampu menyanyi lagu Melayu dengan lancar.
Yati Yazid in Menarik 4 years ago

PENDEKAR 'INDIANA JONES' CARI HARTA KARUN

Mustaqim Mohd Salleh tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana dirasakan telah memberi hasil lumayan dan berbaloi
Samadi Ahmad in Menarik 4 years ago

MALU APA? KISAH SHAHRIZAL SI TUKANG KASUT

Shahrizal Sharani, 56, menganggap pekerjaannya itu cukup unik malah tidak semua orang boleh melaksanakannya. Kiosknya terletak di Jalan Besar, dekat Kuantan, Pahang.
DSA Wahab in Menarik 4 years ago