SEORANG anak ternyata tidak mampu membalas membalas jasa orang tua walaupun menghadiahkan segunung emas, begitulah besarnya jasa orang tua kepada kita, anak-anak!
Gambar dari https://www.facebook.com/azri.alwan
Baru-baru
viral di laman sosial seorang majikan berkongsi kisah pekerjanya yang sanggup
memasak sendiri di pejabat semata-mata mahu memberikan gajinya kepada orang tuanya
di kampung.
Kisah
menarik itu dikongsikan oleh Azri Walter mengenai pekerja yang bernama Habil,
seorang anak yatim dari Kuala Lipis yang mencari rezeki di ibu kota.
Kisah Habil
itu dimuat naik di Facebook miliknya dan dikongsi oleh 18,000 pembaca.
Menurut Azri,
pada suatu petang dia sengaja naik ke pejabatnya untuk melepak dengan pekerjanya
dan terserempak dengan Habil yang sedang memasak nasi di bawah meja.
Azri yang
juga usahawan muda itu berkata, dia hairan kenapa pekerjanya sanggup memasak di
pejabat sedangkan gaji Habil mencecah RM1,000 untuk minggu tersebut.
Malah jawapan yang diberikan pekerjanya yang
berasal Kuala Lipis itu amat mengejutkannya.
“Duit saya
Tuan, Cuma minggu ni nak bagi kat mak, dia tak ada minta pun, cuma saya kesian
dekat mak.
“Kalau saya
bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh bagi adik sekali,” ujar
Habil.
Jawapan tersebut
membuatkan Azril sebak dan kagum dengan keikhlasan anak muda yang sanggup
berkorban demi seorang ibu.
Azri
memberitahu, dia terus memeluk Habil kerana kagum dengan kemuliaan pekerja dan
menyuarakan ingin makan bersama dengan Habil sebelum turun ke kedai untuk
membeli lauk.
Menurut Habil, sementara ibunya masih ada, dia mahu menggembirakan hati orang tua itu.
“Saya pun tak tahu sampai bila mak ada, sementara ada ni saya nak mak gembira,” ujarnya.
Menurutnya lagi,
memberikan gaji kepada ibunya bukan masalah kepadanya kerana dia sudah boleh
berdikari selain tiada komitmen lain dalam hidupnya.
Azri mengakui dia bangga memiliki pekerja yang hati mulia dan sanggup mendahulukan orang tua.