PENUBUHAN Malaysia pada tanggal 16 September 1963 akan sentiasa diingati sebagai tarikh bersejarah. Kerana itulah setiap tahun sambutan ulang tahun diadakan, dengan tahun ini di Kuching, Sarawak.
JAWATANKUASA Pengurusan bersama Presiden Kelab Golf Negara Subang (KGSN), Tengku Datuk Shamsul Bahrin (tengah) memotong kek Hari Malaysia pada majlis makan malam di kelab tersebut baru-baru ini.
Malaysia tertubuh dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Singapura bagaimanapun keluar Malaysia dua tahun selepas penubuhan.
Kini setelah 56 tahun terbina, Malaysia terus maju dan makmur. Rakyat pelbagai bangsa dan suku kaum serta pelbagai agama hidup dalam harmoni memakmurkan negara.
Selain sambutan peringkat kebangsaan, pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak-pihak lain seperti persatuan atau kelab bagi menyemarakkan lagi sambutan hari tersebut.
Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di Petaling jaya, Selangor juga tidak ketinggalan. Sebagai menyerikan Hari Malaysia, kelab tersebut mengadakan pertandingan golf pelbagai kaum di padang golf kelab tersebut pada sebelah siang 16 September.
Ini disusuli dengan majlis makan malam yang turut menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan untuk ahli-ahli kelab.
BUGGY peserta kejohanan golf bergerak untuk memulakan pertandingan.
SEBAHAGIAN peserta pertandingan golf Hari Malaysia di Kelab Golf Negara Subang, Selangor.
PARA peserta kejohanan golf Hari Malaysia.
Menurut Timbalan Kapten KGNS, Azhar Ahmad, pihaknya mengadakan acara ini kerana merasakan sambutan Hari Malaysia lebih bermakna dengan acara pertandingan golf dalam kalangan rakan-rakan pelbagai kaum.
Katanya, seramai 120 ahli KGNS mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Menariknya perserta memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang.
“Program bermula dengan sesi fotografi, diikuti dengan nyanyian Lagu ‘Malaysiaku Berjaya’ dan ‘Malaysia Bersih’ dengan penuh bersemangat,” kata beliau.
Oleh kerana pertandingan golf ini lebih menjurus ke arah memeriahkan sambutan Hari Malaysia dan bukan pertandingan dalam erti kata sebenar, maka kiraan mata juga diubah suai.
“Kiraan mata adalah berpandukan pada sistem Stableford tanpa mengira jumlah pukulan seperti biasa,” kata Azhar.
Pada pertandingan itu, Teah Yau Kun merangkul kejuaraan untuk kategori lelaki dengan mencatat 45 mata.
Juara kategori wanita pula dirangkul oleh Norizan Ismail yang berjaya mencatat 35 mata.
Timbalan Kapten KGNS, Azhar Ahmad.
JUARA kategori lelaki, Teah Yau Kun (kiri) menerima hadiah.
JUARA kategori wanita, Norizan Ismail.
AKSI peserta pertandingan golf.
BERGAMBAR sebelum memulakan pertandingan.
Keriangan di padang golf pada sebelah siang disambung pada sebelah malam dengan majlis jamuan makan malam.
Jamuan makan malam ini diserikan dengan pelbagai acara seperti persembahan pentas, tarian tradisional dan memotong kek meraikan Hari Malaysia.
Azhar berkata, walaupun dalam keadaan jerebu sekarang, pertandingan golf dan majlis makan malam dapat dilaksanakan dengan jaya hasil kerjasama erat semua pihak.
“Pada pertandingan golf, dalam keadaan penglihatan agak terhad, kesemua peserta tetap gigih menyertai pertandingan.
“Kepenatan bertarung di padang hilang apabila peserta sama-sama bergembira pada majlis makan malam dengan pelbagai persembahan menghiburkan hati,” kata Azhar.
Beliau menyifatkan kejayaan pertandingan golf dan majlis makan malam sempena sambutan Hari Malaysia ini sebagai bukti semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan peserta dan membuktikan kekuatan perpaduan kaum di Malaysia.
Beliau bangga kerana KGNS sedikit sebanyak memberi sumbangan ke arah memeriahkan sambutan Hari Malaysia tahun ini dengan acara-acara yang dijalankan oleh kelab itu.
PERSEMBAHAN tarian tradisional pada majlis makan malam.