Kolej & Universiti 17 Jun, 2022

Tahniah USIM! Rangkul 5 emas, 3 perak pada ITEX 2022! Bukti produk inovasi USIM mampu bersaing!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia  (USIM) berjaya meraih lima pingat emas serta tiga pingat perak bagi lapan penyertaan inovasi menerusi Pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition atau  Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. 

Lagi cerita-cerita menarik



Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mengungguli pertandingan kali ini dengan merangkul empat pingat emas bagi produk Q-Cat Kit yang diketuai Prof. Madya Dr. Mohd Azmani Sahar, Eye-Zy diketuai Dr. Maimunah Abdul Muna’aim, Eisei Bag diketuai Dr. Nur Zaireena Zainal dan Tanaffas diketuai Dr. Nur Zaireena Zainal. Manakala Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan satu emas bagi produk Global Tahfiz Game.

Sementara itu, pingat perak pula menjadi milik Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi produk Secure App for Enkrypting Text Information (SAKTI) yang diketuai Prof. Madya Dr. Azni Haslizan Ab Halim, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) bagi produk MySIF Waqf Chain yang diketuai Prof. Madya Dr. Khairil dan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) bagi produk Halal Vocation Game yang diketuai Dr. Nurdalila A’wani Abd Aziz.



Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian para penyelidik dengan produk-produk inovasi yang dihasilkan sekali gus menaikkan nama USIM untuk mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

“Saya mengharapkan inovasi yang dihasilkan ini dapat menyelesaikan masalah ummah sejagat seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat”, ujarnya lagi. - KitaReporters





11
10
0
10
0
You will be interested