Kampus & Pendidikan 09 Dec, 2022

Inilah barisan pemimpin muda! Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan latih ilmu kepimpinan!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this



SERAMAI 88 pelajar Pembimbing Rakan Siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia ‘berkampung’ bagi menjalani program Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) Peringkat Kebangsaan 2022.

Tahun ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan penganjuran perkampungan PRSK. 

Bertemakan “PRS, Together Stronger”, program ini berlangsung selama empat hari bermula 2 hingga 5 Disember 2022 bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak.


Lagi



Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan antaranya adalah Bengkel Pengukuhan Kerja Berpasukan, ‘Mystery Box’, dan ‘Musang Berjanggut’.

Menurut Pengarah program, Muhmmad Iqbal Mohd Zamani, pelajar tahun tiga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM, program ini merupakan latihan tahunan yang berbentuk kepimpinan, pembinaan semangat berpasukan dan menambah ilmu pengetahuan terutama dalam proses pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa.

“Objektif utama program ini adalah sebagai wacana untuk membina keyakinan dan keazaman diri PRS supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dapat memberi sumbang bakti kepada universiti. 

"Malahan, program ini dapat menyemai sifat kemasyarakatan dalam diri pelajar serta mengukuhkan hubungan profesional dan rangkaian dalam kalangan mahasiswa PRS di peringkat kebangsaan," katanya.  

Muhammad Iqbal berkata lagi, sebanyak 18 IPTA yang menyertai program kali ini antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 



Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff dalam ucapan perasmiannya turut mengingatkan kepada para peserta betapa pentingnya sifat saling membantu ini sehingga Allah catatkan di dalam al-Quran agar kita dapat mengaplikasikan suruhan tersebut sebagai seorang Muslim yang berjiwa murni. 

Allah dan Rasul mengangkat kemuliaan mereka yang menghulurkan bantuan sehingga dibandingkan dengan manusia yang lainnya. 

Pembimbing Rakan Siswa atau lebih dikenali sebagai PRS telah lama ditubuhkan di semua Universiti Awam yang dikelolai di bawah Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Awam (MAKUMA). - KitaReporters/USIM



10
10
0
12
0
You will be interested