Kampus & Pendidikan 25 Nov, 2022

Tahniah graduan! MMU bakal raikan 3,277 graduan dalam Istiadat Konvokesyen pada 26-28 Nov 2022!

Share this


UNIVERSITI Multimedia (MMU) akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-23 untuk meraikan 3,277 graduan Kelas 2022 mulai 26 hingga 28 November 2022 di Dewan Tun Canselor MMU, Cyberjaya.

Semasa sesi pertama majlis itu mulai 8 pagi itu, MMU akan mengumumkan penerima anugerah Anugerah Permata, Anugerah Presiden dan Anugerah Canselor yang disampaikan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.

Pendatang baharu dalam industri muzik menerusi lagu popularnya, Casablanca, yang telah mencapai 5 juta penonton dalam Youtube dan 2.4 juta pengunjung daam Spotify dari banyak negara, Nuha Bahrin atau Nuha Sakinah Saiful Bahrin, adalah antara graduan sarjana muda yang bakal menerima skrol semasa konvokesyen ini. 

Majlis ini menganugerahkan ijazah kepada 3,277 graduan secara keseluruhannya, terdiri daripada 2,303 Ijazah Sarjana Muda, 815 Diploma, 116 Ijazah Sarjana, dan 43 PhD penerima. - KitaReporters/MMU


11
3
0
14
0
You will be interested