Kampus & Pendidikan 24 Mar, 2024

Jelajah Semarak Ramadan KPT! Menteri solat tarawih dan santuni warga UPSI! Sampaikan sumbangan raya!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni lebih 700 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, sejurus selesai menunaikan solat tarawih dan moreh di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City pada 19 Mac 2024..

Ini adalah program siri Jelajah Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang dilakukan oleh Dr Zambry bagi meluangkan masa dengan warga kampus sama ada melalui majlis berbuka puasa, solat tarawih, moreh atau sahur.


Dr Zamry AbdulKadir berbual santai bersama pelajar UPSI.


Dr Zamry meluangkan masa lebih dua jam bertemu warga UPSI di samping turut menyerahkan juadah moreh kepada pelajar dan jemaah yang hadir.

Beliau turut mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir termasuk empat pelajar mobiliti antarabangsa dari Uzbekistan dan Hungary serta barisan pelari pecut negara yang kini sedang berkampung menjalani latihan di Kampus Sultan Azlan Shah.

Majlis anjuran Pusat Islam ini turut dihadiri Presiden Geely Talent Development Group (GTDG), Prof. Dr. Lu Dan, merangkap Presiden University of Sanya dan Timbalan Presiden GTDG, Prof. Dr. Zoe Che yang juga merupakan Presiden Xinwei Edutech.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata majlis itu juga memberi kesempatan kepada warga UPSI untuk saling mengukuhkan silaturahim sempena bulan Ramadan selain bertemu kepimpinan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).


Dr Zamry (tengah) bersama penerima sumbangan WEZAS selepas majlis penyerahan di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah. 


Dalam majlis itu turut diadakan penyampaian sumbangan oleh Pusat Wakaf Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI kepada Kolej Aminuddin Baki, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pusat Islam.

Selain itu, Dr Zambry juga menyaksikan penyampaian Bantuan Duit Raya Tabung UPSI Prihatin (TUP) oleh Unit Kebajikan Bahagian Sumber Manusia UPSI kepada warga UPSI yang kurang bernasib baik.

Program Semarak Ramadan berkenaan akan ke kampus seterusnya selepas itu termasuklah di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta  (IPTA, IPTS) serta politeknik seluruh negara sehinggalah berakhirnya Ramadan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pro Canselor, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah; Pengarah Bahagian Hubungan Industri (BHI) KPT, Datuk Dr. Mohd Shahril Abdullah; Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (PBHEP) KPT,  Hirman Awang @ Semai serta  Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Holding, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.


Dr Zamry menyaksikan penyerahan sumbangan oleh Pengarah WEZAS, Prof Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abd Latif  kepada Yang Dipertua MPP, Amirul Haiqal Amiruddin (dua dari kanan). 

15
10
0
15
0
You will be interested