Menara Gading 04 Aug, 2021

Kepintaran MMU, UTP, Uniten, UniKL! Tiga kursus baharu secara dalam talian, bersifat simbiotik!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters

Share this


KETIKA sektor pengajian tinggi beralih ke norma baharu berikutan cabaran wabak COVID-19, empat buah universiti di bawah Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) tampil menawarkan tiga kursus baharu secara dalam talian dan bersifat simbiotik.

Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memperkenalkan kursus Massive Open Online Courses (MOOCs), Open Elective and GLU Minor untuk pelajar mereka mulai September 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan universiti


Dalam satu kenyataan media, Pengerusi GLU, Prof. Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, hubungan simbiotik dalam kursus-kursus berkenaan adalah yang pertama kali dalam sejarah pendidikan tinggi negara.

"Hubungan simbiotik ini boleh menjadi resipi yang dicontohi universiti lain di Malaysia bagi memastikan kemampanan pendidikan tinggi dalam menghadapi cabaran semasa wabak COVID-19," katanya yang juga Presiden UTP ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran MOOC secara dalam talian, di Cyberjaya pada 26 Julai 2021 lalu.

Turut hadir pada majlis itu, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud, Presiden MMU; Prof. Ir. Dr. Hilmi Mukhtar, Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTP; Prof. Dato' Dr. Siti Salbiah Mohamed Shariff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan) Uniten dan Prof. Dr. Shahrulniza Musa Timbalan Presiden (Akademik & Teknologi) UniKL.

Mengulas lanjut, dalam kenyataan media itu, Mohamed Ibrahim berkata, wabak COVID-19 tidak menjadi penghalang kepada universiti di bawah GLU untuk mempertingkatkan pendidikan berkualiti termasuk memperkenalkan pembelajaran dalam kaedah baharu seperti dalam talian dan jarak jauh.

Beliau berkata, melalui MOOCs, Open Elective and GLU Minor, para pelajar boleh berekplorasi dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang kebitaraan GLU seperti bidang gas dan minyak oleh UTP, tenaga (Uniten), penerbangan (UniKL), serta teknologi maklumat dan multimedia (MMU).  



Sementara itu, Naib Presiden Akademik dan Hubungan Antarabangsa MMU, Prof. Ho Chin Kuan yang mengetuai Cabang Akademik GLU, berkata, kursus-kursus ini boleh diambil oleh pelajar di luar struktur program untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan para pelajar dalam bidang-bidang yang mereka minati.

Katanya, setiap pakej membawa 15 jam kredit dalam tempoh setahun atau diambil tamat pengajian ijazah sarjana muda.

"Dengan inisiatif ini, para pelajar berpeluang untuk menambah jaringan kenalan dari universiti lain dan merasai budaya akademik yang berbeza," tambah Prof. Chin Kuan dalam kenyataan media yang sama. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

100 peserta Penjana UA termasuk UUM diterima bekerja! Bukti sinergi universiti, rakan industri!

Program Dana STLM UUM - PKT Logistics buktikan sinergi antara universiti, rakan industri mampu dalam bekalkan guna tenaga yang menepati kehendak pasaran semasa

UUM sedia terima pelajar pulang ke kampus Oktober 2021! Perlu terlebih dahulu lengkap divaksin!

UUM bersiap sedia terima kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa PPN bermula Oktober 2021. Penuhi syarat lengkap vaksin
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 week ago

Isu kediaman pelajar! Universiti kena selalu siap siaga! Urus risiko, bencana seperti COVID-19!

Universiti Awam (UA) perlu sentiasa bersiap siaga untuk mengurus risiko dan bencana yang boleh berlaku pada bila-bila masa seperti penularan pandemik COVID-19
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 week ago

Nak sambung belajar? Layari Hari Terbuka Pascasiswazah Maya UiTM 21-22 Ogos, 28-29 Ogos 2021!

UiTM anjurkan Hari Terbuka Pascasiswazah secara maya pada 21-22 Ogos, 28-29 Ogos 2021 dengan layari platform Pameran Pendidikan Pascasiswazsh Maya Terbesar 2021
Fariza Saidin in Menara Gading 1 month ago

MB Selangor lawat PPV UIAM-SelVAX di kampus Gombak! Bantu capai imuniti kelompok negeri Selangor

UIAM bekerjasama dengan kerajaan Selangor melalui Program Vaksin Selangor (SelVAX) untuk wujudkan PPV UIAM-SelVAX di Kampus Gombak selama 2 hari 17-18 Ogos 2021
Roslan Rusly in Menara Gading 1 month ago