Kampus & Pendidikan 13 Sep, 2021

UUM sedia terima pelajar pulang ke kampus Oktober 2021! Perlu terlebih dahulu lengkap divaksin!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Pelajar-pelajar UUM akan pulang ke kampus mulai Oktober 2021 ini.


PENGURUSAN Universiti Utara Malaysia (UUM) bersiap sedia untuk menerima kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober 2021 ini seperti kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad baru-baru ini.

Kata Noraini, melalui Pelan Pemulihan IPT (Pemulihan IPT) dan langkah tersebut itu selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos 2021 seperti yang dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga telah bersetuju menjayakan agenda ini dengan mencadangkan supaya pelajar dan staf IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing terlebih dahulu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah.


Bagi merealisasikan pelajar yang akan pulang ke kampus di UUM, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pihak pengurusan universiti dalam proses akhir menyiapkan garis panduan lengkap kemasukan pelajar dengan pembabitan semua jabatan di kampus ini termasuk Jabatan Hal Ehwal Akademik, Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Jabatan Keselamatan dan UUM Information Technology (UUMIT).

“Kami juga mengharapkan semua pelajar yang akan pulang ke kampus memenuhi syarat lengkap vaksin dan melepasi tempoh matang vaksinasi terlebih dahulu, manakala yang belum menerimanya boleh menghubungi Badan Bertindak COVID-19 (CITF) agar membenarkan pelajar-pelajar ini mendapat vaksinasi secara walk-in di PPV berdekatan,” kata beliau ketika ditemui.


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah ketika ditemui dipejabatnya semasa mengulas mengenai persiapan pelajar universiti ini pulang ke kampus.


Prof Dr Haim Hilman menambah pihak universiti juga sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan Internet yang terbaik bagi kegunaan pelajar semasa mengikuti pembelajaran bersama pensyarah mereka nanti. 

Katanya lagi, perkhidmatan kaunseling dan penyediaan alat sokongan untuk mereka yang memerlukan juga tetap diberi perhatian agar proses pembelajaran berjalan lancar.

Pengalaman ketika proses pembelajaran secara online sebelum ini pastinya dapat memberi panduan agar perkhidmatan yang lebih baik disediakan nanti kerana kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta di Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.

Namun pada masa yang sama, pelajar yang tidak pulang ke kampus juga tetap diberi perhatian dan mereka boleh menghubungi pihak universiti untuk mendapatkan sebarang bantuan atau maklumat sepanjang pengajian mereka.

Ini selaraskan dengan hasrat KPT untuk melihat proses pembelajaran dapat diberikan kepada anak bangsa walaupun negara dan dunia masih dalam pandemik COVID-19.

Ibu bapa atau waris juga tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka kerana proses kemasukan ke kampus juga dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Proses penghantaran pulang pelajar-pelajar sebelum ini.


“Kepulangan pelajar ke kampus ini akan mengikut kaedah-kaedah yang akan diumumkan oleh KPT nanti antaranya kaedah pergerakan pelajar dari rumah, pengurusan kesihatan mental, kebajikan mahasiswa dan lain-lain melalui pengumuman yang akan dibuat hari ini,” sambung Prof Dr Haim Hilman lagi.

Oleh itu semua pelajar dan waris diharap dapat memberi kerjasama untuk proses kepulangan pelajar ini nanti. - KitaReporters

13
14
0
15
1
You will be interested