Kampus & Pendidikan 20 Mar, 2022

Tahniah 2,542 graduan UMT! Dirai sempena Majlis Konvokesyen Ke-19! Berlangsung selama empat hari!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kredit gambar-gambar: Media UMT


SERAMAI 2,542 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meraikan detik penuh bersejarah sepanjang bergelar mahasiswa universiti itu sempena penganjuran Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ke-19 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, UMT. 

Pecahan itu terdiri daripada 1,884 pelajar perempuan dan 658 pelajar lelaki serta menyaksikan kira-kira 370 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama.

Penganjuran majlis itu berlangsung selama empat hari bermula Ahad, 20 Mac 2022 mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.  

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis konvokesyen

Perarakan masuk graduan ke Dewan Sultan Mizan UMT


Menariknya, majlis konvokesyen itu menampilkan tokoh-tokoh hebat yang telah menyumbang dalam pembangunan negara sebagai penerima anugerah khas.

Senat UMT telah bersetuju mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi kepada Tan Sri Mohammad Azlan Hashim yang juga mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT atas sumbangan dan kewibawaan memimpin badan-badan korporat serta membawa UMT sebagai gedung ilmu yang cemerlang pada peringkat antarabangsa.  

Selain itu, tokoh negarawan dalam bidang sukan berbasikal, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang juga Karyawan Tamu Utama UMT turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial



Sementara itu, UMT juga menganugerahkan anugerah khas kepada 11 graduan sempena majlis konvokesyen UMT ke-19 ini.

Antara penerima anugerah-anugerah tersebut ialah Fatonah Mohd Zaidi dan Tan Swe Lan (Anugerah Pelajaran Diraja), Nur Syafiqah Mohd Maulana (Anugerah Pingat Emas Canselor), Mohd 'Ulul 'Ilmie Ahmad Nazri dan Kamelia Mohd Khier Ahmad Almomani (Anugerah Pro-Canselor), dan Khoo Shing Ching (Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti).


Sebahagian mahasiswa UMT yang hadir pada Majlis KOnvokesyen Ke-19


UMT turut mengangkat pelajar-pelajar terbaik fakulti sebagai penerima Anugerah Naib Canselor iaitu Ng Keng Kee (Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Jemimah Shalom A/P B Peragas (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Dania Qarrina Azman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik), Muhammad Izzat Aiman Mohd Zainal Abidin (Fakulti Pengajian Maritim) dan Arissa Mohd Arshad (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan). 

Penganjuran majlis itu turut menganugerahkan ijazah secara anumerta kepada dua pelajar yang cukup aktif dan dinamik iaitu Muhammad Rashidullah Masbah (Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial) kerana mati lemas dan Nur Nabila Husna Zulkafli (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan) yang meninggal dunia akibat penyakit acute pancreatitis. - KitaReporters


Mahasiswa UMT menunggu giliran untuk menerima ijazah masing-masing

13
13
1
10
1
You will be interested