Kampus & Pendidikan 15 Aug, 2025

Misi bawa pulang pingat emas! 37 peserta TVET negara galas cabaran ke Worldskills ASEAN Manila 2025!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Seramai 37 peserta Malaysia bersiap sedia menggalas cabaran di WorldSkills ASEAN Manila 2025 dengan misi membawa pulang pingat emas. Pertandingan kemahiran berprestij itu akan berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos 2025 di World Trade Center (WTC), Manila, Filipina. - KitaReporters

Wakil Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang akan bertanding di WorldSkills ASEAN Manila 2025 bergambar bersama pegawai pengiring.

Peserta kontinjen Malaysia memberi tepukan semangat ketika sesi Sembang Santai dan Penyampaian Amanat.


Seramai 37 peserta Malaysia bersiap sedia menggalas cabaran di WorldSkills ASEAN Manila 2025 dengan misi membawa pulang pingat emas dan menempatkan negara dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan.

Chef de Mission merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sasaran itu realistik berdasarkan persediaan rapi dan pengalaman yang dimiliki peserta negara.

“Matlamat kita jelas iaitu membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sesi Sembang Santai dan Penyampaian Amanat CDM dan DCDM bersama kontinjen negara di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (CIAST), Shah Alam pada 12 Ogos 2025.

Turut hadir memberikan sokongan moral ialah Deputy Chef de Mission merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Ahmad Maslan.

Hadir sama memberikan sokongan ialah Liyana Haminudin, Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 


Abdul Rahman Mohamad, Chef de Mission kontinjen Malaysia ke WorldSkills ASEAN Manila 2025, menyampaikan amanat kepada peserta.

Pertandingan kemahiran berprestij itu akan berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos 2025 di World Trade Center (WTC), Manila, Filipina, dengan penyertaan lebih 11 negara ASEAN. 

Sebanyak 32 bidang kemahiran akan dipertandingkan, manakala Malaysia menyertai 23 bidang dengan sokongan 30 pakar dan 22 jurulatih.

Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) turut menghantar empat wakil iaitu:

  1. Wan Nur Amilya Wan Zolkarnaini (IKBN Kemasik) dalam bidang Hairdressing

  2. Ahmad Basyir Nizam (IKBN Naka) dalam bidang Refrigeration and Air Conditioning

  3. Kairul Amer Ruslan (IKTBN Dusun Tua) dalam bidang Electrical Installations

  4. Muhammad Ammar Azli (IKBN Wakaf Tapai) dalam bidang Welding


Peserta kontinjen Malaysia ke WorldSkills ASEAN Manila 2025 bergambar beramai-ramai bersama barisan kepimpinan, jurulatih dan pegawai pengiring.


Orang ramai diseru memberikan sokongan padu kepada kontinjen negara, sekali gus mengangkat martabat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama kerjaya masa depan. - KitaReporters


Kontinjen Malaysia ke WorldSkills ASEAN Manila 2025 bergambar bersama Abdul Rahman Mohamad dan Ahmad Maslan, selepas sesi Sembang Santai dan Penyampaian Amanat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (CIAST), Shah Alam pada 12 Ogos 2025. - Kredit gambar: Kementerian Sumber Manusia

29
28
0
25
0
You will be interested