Kampus & Pendidikan 27 Nov, 2022

Tahniah! Pelajar MMU disenarai pendek The Women Creators Programme! Penghasilan animasi masa sebenar!

Share this



ZUBAIDA Nila, pelajar pascasiswazah Fakulti Multimedia Kreatif (FCM) di Universiti Multimedia (MMU) adalah antara 21 wanita disenarai pendek yang mengambil bahagian dalam program latihan mendalam dan bimbingan maya berbayar selama enam minggu (six-week virtual in-depth) mengenai penghasilan animasi masa sebenar (real-time animation production).

Program berkenaan bertujuan untuk memperkasa pencipta-pencita wanita di India dan Asia Tenggara. The Women Creators Programme (Program Pencipta Wanita) itu dimulakan oleh Epic Games dengan kerjasama Open Air Films, ASIFA India dan Perforce Software

Ia menerima 178 permohonan daripada dua benua kecil itu, dan Zubaida adalah salah seorang artis kesan visual tersenarai untuk melakukan produksi animasi

Selepas menamatkan latihan, para peserta telah mempamerkan filem pendek mereka dan berkongsi perjalanan mereka sepanjang acara tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan animasi


Zubaida bercita-cita untuk meningkatkan kemahiran pencahayaan, pascaproses dan kesan visual (FX) dengan ciri-ciri berkembang Unreal Engine 5 untuk mencipta kandungan sedia sinematik untuk ICVFX (kesan visual dalam kamera) untuk filem dan iklan.

Melalui program itu, beliau berpeluang mencuba dan menimba kemahiran serta pengetahuan berharga daripada pakar dan mentor industri. 

Zubaida menyatakan, "Program ini merupakan inkubator yang hebat untuk menggalakkan lebih ramai wanita membangunkan kemahiran teknikal industri dan mengukuhkan perwakilan wanita dalam bidang VFX & Pengeluaran Maya." 

Zubaida ialah pelajar dalam Sarjana Sains Multimedia Kreatif di FCM. Penyelidikan beliau memfokuskan pada VR (virtual reality atau realiti maya) dan XR (extended reality atau reality diperluas) dalam Kesan Visual untuk Pengeluaran Maya. - KitaReporters/MMU


10
15
0
8
0
You will be interested