Kampus & Pendidikan 24 Sep, 2025

Tolong kami! Bantu Tahfiz Darul Imtiyaz! Tangki air dah dibuat tapak! Cuma perlu saluran paip air!

Share this

Tangki air dah ada. Namun masih belum dapat digunakan sepenuhnya kerana kekurangan kos untuk kerja pemasangan dan penyambungan sistem saluran air.


Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz di Seremban, Negeri Sembilan.

Luahan Mudir Madrasah Tahfiz Darul Imtiyaz, Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Firdaus A.Rahman:

"Madrasah hanya bergantung kepada pam air bawah tanah, tanpa sistem yang stabil. Tanpa air, ibadah wuduk terhenti dan tanpa wuduk solat tak sempurna. Setiap titisan air yang mengalir nanti akan menjadi saksi amal jariah di akhirat.

"Kos bagi merealisasikan sistem saluran dan paip menelan belanja sekitar RM30,000 dan sukar untuk pihak madrasah memperolehi dana sebanyak itu," ujar beliau lagi.


Tangki air telah ada, tapi sistem saluran, penyambungan dan paip air masih memerlukan kos yang belum mencukupi bagi kegunaan para pelajar tahfiz.

Tempat pengajian dan kelas hafazan para pelajar.

Madrasah tahfiz yang mempunyai 25 orang pelajar berusia antara 10 hingga 17 tahun itu ketika ini didiami pelajar-pelajar dari Pahang, Selangor, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Walaupun madrasah ini masih menghadapi pelbagai kekurangan sejak mula beroperasi pada tahun 2018, ia tidak menjadi penghalang bagi para pelajar untuk meneruskan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Bermula dengan rutin seawal 4 pagi sehinggalah 11.30 malam kelas hafazan, kelas Al Quran, solat waktu dan solat sunat, kelas fardu ain, sarapan, riadah dan aktiviti ko-kurikulum turut disediakan bagi memenuhi silibus yang telah direncanakan.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan, aktiviti berkuda dan memanah tetap merupakan antara aktiviti yang amat diminati dan menarik perhatian para pelajar.


Memanah merupakan salah satu aktiviti ko-kurikulum yang amat diminati pelajar.

Berkuda juga menjadi aktiviti ko-kurikulum madrasah tatkala ini.

Sehubungan itu bagi memastikan kesempurnaan bekalan air bersih dapat menjadi realiti bagi kegunaan pelajar  maka dana dan sumbangan atau infak boleh disalurkan melalui Akaun Bank CIMB bernombor 8603034693 atas nama Tahfiz Darul Imtiyaz.

Sekiranya ada pertanyaan, mudir madrasah boleh dihubungi melalui nombor telefon 0108440723. - KitaReporters


Kamar persalinan dan mandi-manda sedia ada.


Kontena dijadikan pejabat pengurusan madrasah buat ketika ini.

12
9
0
19
0
You will be interested