Kampus & Pendidikan 13 Dec, 2023

Terbaiklah UniMAP! Program Menu Rahmah Siswa dapat sambutan menggalakkan! Pelajar berpuas hati!

@unimap corp comm
Pusat Komunikasi Korporat UniMAP. Emel: [email protected]

Share this


Pengenalan Menu Siswa Rahmah (MSR) yang diperkenal oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar UniMAP di Pauh Putra, Perlis.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP, Muhammad Alif Zuhaili Shafarin berkata, tinjauan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati rata-rata pelajar berpuas hati dengan menu yang ditawarkan oleh penggerai.

”Hasil dari semakan tersebut mendapati bahawa Menu Siswa Rahmah ini sentiasa dijalankan oleh penggerai bagi memenuhi hasrat kerajaan agar kebajikan mahasiswa dapat terjaga.

”Namun, kekurangan yang didapati semasa menjalankan tinjauan ini hanyalah kurang promosi daripada pihak penggerai serta kurang pengetahuan oleh mahasiswa berkaitan dengan inisiatif ini”.

Katanya, MPP bersama-sama pihak pengurusan universiti akan berkerjasama erat untuk merancakkan lagi promosi MSR ini agar inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan mahasiswa yang memerlukan.


MOHD Mustafa Al Bakri (dua dari kanan) bersama pegawai daripada Kementerian Pendidikan Tinggi meninjau kafeteria yang menjalankan program Menu Siswa Rahmah di Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.


Sementara itu, menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Profesor Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah, MSR adalah inisiatif KPT dalam membantu meringankan beban kos sara hidup para pelajar khususnya daripada golongan B40 bagi memastikan kelangsungan kebajikan mereka terus dijaga dan proses pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.

Katanya, lebih 60 peratus daripada keseluruhan 12,000 pelajar di UniMAP adalah dari golongan B40.

”Sebanyak 22 pengusaha kafeteria di UniMAP mengambil bahagian dalam penyediaan Menu Siswa Rahmah ini termasuk di kolej kediaman dan di fakulti”

”Pihak kafeteria menawarkan pilihan makanan yang seimbang dan berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk memastikan pelajar dapat memenuhi keperluan nutrisi mereka tanpa menimbulkan beban kewangan yang berlebihan,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, hidangan yang terdapat dalam Menu Rahmah ini telah dipilih dengan teliti untuk memastikan keseimbangan nutrisi yang baik  tanpa mengabaikan cita rasa yang memuaskan.

"Semua ini adalah hasil kerjasama antara pihak universiti dan pengusaha kafe, yang turut mendukung dan melibatkan diri dalam usaha kemanusiaan ini.”

Tambah Dr Mustafa, MSR ini adalah satu lagi langkah ke arah mencipta ruang yang inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti universiti menyediakan pilihan hidangan berkualiti dengan harga yang lebih mesra, membolehkan setiap pelajar merasa lega dan dapat menikmati hidangan tanpa merasa tertekan dengan masalah kewangan. - KitaReporters/UniMAP

5
11
0
12
0
You will be interested