Kampus & Pendidikan 09 Nov, 2022

Berita baik! Kini boleh tulis tesis dalam bahasa Melayu di USIM! Untuk 12 program pascasiswazah!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka laluan dan memberi peluang kepada bakal pelajar yang ingin menyambung pengajian pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dengan menawarkan penulisan tesis dalam bahasa Melayu berkuat kuasa Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023.

Sebanyak 12 program baharu yang membuka peluang penulisan tesis dalam bahasa Melayu iaitu enam program pada peringkat Sarjana dan enam program lagi pada peringkat Doktor Falsafah. Sebelum ini, USIM hanya menawarkan penulisan tesis dalam bahasa Inggeris dan Arab sahaja.

Program ini termasuklah Sarjana dan Doktor Falsafah Ekonomi & Pentadbiran Muamalat, Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Alam Bina, Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Kejuruteraan, Sarjana Sains, Sarjana Undang-Undang Perbandingan, Sarjana dan Doktor Falsafah Undang-Undang dan Doktor Falsafah Sains & Teknologi. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita kampus USIM


Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim berkata, penawaran penulisan tesis dalam bahasa Melayu ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan kajian yang dihasilkan oleh pelajar pascasiswazah kelak, selain akan merancakkan lagi sumbangan kepada komuniti melalui pembacaan, pengkomersialan, penerbitan, libatsama bersama masyarakat dan sebagainya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP), Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin berkata, penawaran untuk menulis dalam bahasa Melayu ini juga menjadi strategi baharu dalam usaha untuk meningkatkan kemasukan pelajar untuk menyambung pengajian di USIM. 

Beliau menambah bahawa inisiatif penulisan tesis dalam bahasa Melayu ini tertakluk kepada beberapa syarat termasuk dasar/polisi standard program, autonomi fakulti dan juga kesediaan penyelia. 

Pemohon yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui https://ipps2.usim.edu.my dan maklumat lanjut berkaitan program pengajian boleh didapati dengan melayari www.admission.usim.edu.my. - KitaReporters/USIM


15
11
0
8
0
You will be interested