Insan & Komuniti 30 Sep, 2024

Video| Banjir on! Kenduri on! Seronok makan nasi kenduri kahwin dalam banjir! Tetamu pun ramai hadir!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Fenomena alam yang tidak menentu menyebabkan berlaku banyak bencana, antaranya banjir. Di Malaysia, Kedah antara negeri yang menerima kesan buruk akibat banjir selepas hujan lebat baru-baru ini.

Namun masih terdapat pihak yang tetap menjalankan kenduri kahwin kerana sudah diatur lebih awal.

Antara kenduri kahwin yang dijalankan ketika banjir berlangsung di Kampung Paya, Mahang, Kulim, Kedah. Majlis kenduri itu tular setelah ia dirakam pemilik TikTok @lilyoodin.




Dalam video itu, kelihatan para jemputan  tetap hadir dan menikmati hidangan yang sudah disediakan walaupun air berada di paras lutut.

Sebuah khemah turut disedia agar tetamu tidak dibasahi hujan ketika makan. Namun masih terdapat sejumlah pengunjung makan di luar khemah ketika hujan rintik.


Walaupun kaki ditenggelami air sehingga atas lutut namun para jemputan asyik dan tenang menikmati hidangan yang disediakan. 

Turut kelihatan ramai juga tetamu yang baru sampai dan beratur dengan tenang mencedok nasi dan lauk meskipun paras air banjir semakin meningkat naik.

Ia membuat pengantin dan tuan rumah gembira melihat ramai tetamu hadir dan menikmati hidangan dalam banjir.

Majlis kenduri dalam banjir itu bakal menjadi kenangan abadi bagi pasangan pengantin yang juga menikmati malam pertama dalam banjir. - KitaReporters


16
14
0
10
0
You will be interested